Segera Tangani Isu Air Selangor
Penjenamaan baru dah dibuat. Aplikasi Air Selangor dah ditambah baik. CEO dah bertukar. Tapi, yang tak best nya banyak isu air yang masih belum dapat ditangani dengan baik. Sudah tahun 2025 kot. Nak tunggu tahun bila agaknya masalah-masalah tersebut boleh selesai? 1. Gangguan Bekalan Air yang Berterusan Sumber: Air Selangor Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual pada 23 Julai 2024, berlarutan pula tu hingga 26 Julai 2024 kalau tidak silap. Hari-harilah kita tengok jadual kawasan terlibat di Air Selangor macam kat atas ni. Kalau tengok jadual ni, mesti tercari-cari kawasan rumah kita, betul tak? Macam YF, rumah keluarga di Kampung Bukit Lanchong, dan Taman Alam Megah, selalu juga ada gangguan bekalan yang tidak berjadual. Bila dah ‘selalu’ tu, kita pun tertanya-tanya, apa sebabnya? Tak ada manpower yang cukup ke? Pelan gangguan tak dikemaskini seiring masa ke? 2. I su Komunikasi dan Kepercayaan Pelanggan Sumber: mycheckofficial Sekarang kan zaman QR. Scan s...