ASSALAMUALAIKUM teman sekalian...
Apa khabar? Harap sihat sentiasa di samping orang yang tersayang...

-------------------------------------------

Hari ini..hari Sabtu...aku buat kerja separuh masa...huhuhu...dan sebenarnya pun...aku baru pulang dari bekerja...selepas melakukan apa-apa yang patut....
Hasil jualan hari ini...kurang memuaskan...tapi masih bersyukur...Alhamdulillah..daripada tiada..
Di tempat aku bekerja tadi...ada perkara yang agak lucu telah berlaku....hehehehe....
Sampai aku tersenyum sendirian...ceritanya begini...
Aku baru saja membeli aiskrim kon...baru menjamah sedikit..salah seorang pekerja di kedai berdekatan (nama kedai dirahsiakan) tiba-tiba datang secara mengejut...bertanyakan duit tukar...pemuda ni pula...agak-agak jambu sedikit...sekiranya dirapikan rambutnya...pasti wajahnya ala-ala artis Korea yang tengah meletup sekarang ni...hehehe....
Jadi...bila aku nak cek kotak duit aku...baru aku tersedar..yang aku sedang memegang aiskrim tadi..nak tak nak..terpaksa aku suruh dia pegang dahulu aiskrim aku tu....
Dan bila aku dah bagi duit tersebut dan dia mengira duit itu sambil cuba untuk bergerak  kembali ke kedai dia bersama-sama aiskrim aku pula tu...dan aku terus berkata...

"Eh, eh...aiskrim tu bagi balik...."

Hahaha...buat pertama kalinya...dia tergelak kerana aku...hahaha...teman-teman semua jangan lah salah anggap pula ya....niat di hati untuk berkawan saja...memandangkan aku akan bekerja di situ untuk jangka masa yang panjang....jadi...tak manis la sekiranya tidak bertegur sapa dan bermasam muka...betul tak? :)

-------------------------------------------

Aku bersyukur...ditemukan sahabat alam maya yang sangat sporting dan happening....bila aku berada di dalam situasi tidak bersemuka...aku akan merepek, merapu dan melalut...tapi sangat kelakar dan senang hati bila dapat mengenakan dan membuli orang yang disebelah sana...hahaha....walaupun tidak bersua..tapi aku tahu..mereka memiliki hati yang baik dan bersih....
Terima kasih kawanku...kerana sudi berkawan dengan aku...dan melayan kerenah aku... ;P

-------------------------------------------

Bayi...tadi...ada seorang pelanggan..seorang ibu..membawa bayinya sekali..bayi lelaki...YA ALLAH...sangat comel....apabila aku membuat memek muka kepadanya...tergelak bayi itu...hodoh agaknya..hahaha...
Tapi aku tidak menipu...memang sangat comel...aku dapat bayangkan..bila bayi itu sudah dewasa..kelak menjadi seorang lelaki yang kacak dan tampan...alangkah bagusnya aku dapat bayi secomel itu dan menjaganya...
Hendak kahwin..tidak mampu...
Ambil anak angkat...lagi tak mampu rasanya...
Apalah nasib...jaga anak patung saja la yulia..hehehe

-------------------------------------------

Aku rasa....sampai di sini saja aku mengarang...
Mata sudah mula berpinar minta dilelapkan...kerana esok aku akan bekerja lagi....
Kepada teman-teman...jaga diri ya...
Salam sayang dariku...
ASSALAMUALAIKUM.....

-------------------------------------------

p/s : "Apa ertinya datang membawa harapan esok, jika janji semalam masih tak tertunai?" ~~~ SAAT KAU HADIR (ALAF 21)


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?