ASSALAMUALAIKUM wahai temanku...

Harap baik-baik saja di tempat masing-masing...

----------------------------------------------

Maaf semalam aku tidak dapat mengemaskini blogku atas sebab mata yang sangat mengantuk...
Lagi-lagi dengan gigiku yang sedang sakit...
Hari ini...aku bekerja seperti biasa....
Kebetulan...ada mesyuarat bulanan di pejabat aku...
Kadang-kadang ada juga berborak dengan sahabatku sehingga ditegur oleh Pengarah Urusan...
Nasib baik tidak dipanggil ke depan....jika ya...macam biasalah...menggelabah pasti akan wujud saat itu...

----------------------------------------------

Waktu tengahari...aku telah berjanji untuk makan tengahari bersama Niza dan Aishah...sahabat karib aku...
Kerana Niza akan berada di Alam Megah buat kali terakhir dan bertolak pulang ke Uitm Chendering, Terengganu pada malam ini...
Aishah pula akan pulang ke UM....masing-masing akan memulakan semester yang baru...
Aishah membawa kereta dan membawa kami semua ke restoran yang berada di Hicom...
Nama restoran itu aku lupa pula...
Sebenarnya aku dan Ila membawa nasi lemak yang telah disediakan pada mesyuarat pagi tadi kerana tidak sempat menjamah di pejabat...
Tapi malang nasib kami berdua...nasi lemak itu telah pun bersemut...memang tiada rezeki kami berdua....
Pengajarannya...jangan biarkan rezeki terlalu lama di mata...takut-takut...Allah akan tarik balik rezeki itu...
Terbang juga RM aku kali ini...heheheh...
Aku makan dengan rasa yang berdenyut-denyut di gigi aku....
Sakitnya Tuhan saja yang tahu...

----------------------------------------------

Semalam...aku telah membuat satu keputusan drastik...mengenai MUKABUKU ku....
Aku akan bersara daripada mengemaskini MUKABUKU kerana aku terasa tawar hati untuk aktif....
Mungkin aku akan memberi mesej kepada teman-teman yang selayaknya sahaja...
Bak kata orang...tiada gunanya lagi...
Bukan apa...apabila aku membuka MUKABUKU ku...
Pasti akan membuat hatiku sakit....tidak tahu kenapa...
Biarkanlah..mungkin aku akan update bila tiba masanya...yang penting...bukan waktu terdekat ini...
Apa-apa sahajalah MUKABUKU...bergembiralah...aku ada..tiada..sama sahaja...

----------------------------------------------

MUET...telah keluar keputusannya...tapi aku terasa malas untuk menyemak keputusan aku..
Aku tahu....pasti mengecewakan...
Sahabat aku siap memberikan laman web untuk menyemak keputusan MUET melalui sms...
Sampai begitu sekali dia hendak aku mengeceknya...hehehe...terima kasih sahabat...
Tapi..benar..aku tidak mahu mengetahuinya...aku hanya menunggu keputusan melalui pos sahajalah...biarlah lambat...asalkan aku tidak mengetahuinya terlalu awal...

----------------------------------------------

Majikan aku telah memberikan lampu hijau untuk menyambung pelajaran secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)...
Kiranya...pada waktu pejabat...aku dibenarkan pulang awal untuk menghadiri kelas malam...
Terasa peluang itu begitu  berharga sekali...namun...aku hanya mampu memandang peluang itu kerana...aku tahu...kos untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah amat tinggi...
Mungkin aku terpaksa memendamkan hasrat itu terlebih dahulu....walaupun terdetik dihati...
Aku akan lambat memiliki segenggam ijazah daripada teman-temanku yang lain...
Bukan dengki atau iri hati....cuma terasa diri mereka bertuah...
Walau apa pun...kembali kepada diriNya..Dia lebih mengetahui untuk hambanya...

----------------------------------------------

Rasanya...sampai di sini sahaja luahan aku....
Esok aku akan bekerja separuh masa...perlukan rehat yang secukupnya....ditambah lagi dengan gigi aku yang semakin sakit dan berdenyut-denyut ini....
Sejarah berulang kembali...hehehehe...
Kepada sahabatku...jaga diri ya....dan senyum sentiasa....
Salam sayang dari insan biasa..
ASSALAMUALAIKUM...
----------------------------------------------

p/s : Biar orang buat jahat kepada kita..jangan kita pula berbuat demikian pada orang.. (^,*)/


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?