Luahan Rasa
ASSALAMUALAIKUM.....
Dengan lafaz BISMILLAH....aku mulakan bicara yang telah lama aku hentikan dahulu...
Syukur dengan atas kurniaanNya aku masih bernafas hingga tika ini....
-----------------------------------------------------------
Aku pula baru baik dari demam yang agak payah untuk sihat....
Dalam 2 bulan ni....aku diserang demam 2kali...mungkin antibodi aku lemah kerana perubahan rutin harian....
Waktu ini...aku mempunyai 2 kerja....satu untuk mencari pengalaman agar pada masa akan datang...ilmu di dada dapat menampung tuntutan hidup yang sangat menyesakkan nafas...satu lagi untuk pendapatan tambahan dari membuang masa di hujung minggu tanpa melakukan apa-apa....
-----------------------------------------------------------
Sekarang juga...aku turut berjinak-jinak kembali dengan novel setelah lama meninggalkan hobi tersebut.....
Bukan apa...terlalu bosan ketika waktu bekerja dihujung minggu kerana tiada kerja...sambil menunggu pelanggan singgah di kaunter aku..sambil tu juga aku membaca novel...novel yang aku baca juga tidak kurang bagusnya...kerana mampu membuat aku tersenyum dan tergelak keseorangan sampai orang menegur.....heheheh....
-----------------------------------------------------------
Tapi dalam pada itu juga...hati aku turut merasa rindu dan sedih....tanpa aku pinta..perasaan itu kembali semula...walhal aku telah cuba untuk melupakannya...sungguh terseksa rasanya...
-----------------------------------------------------------
Terlalu banyak yang ingin diceritakan...tapi jari tidak mampu untuk meluahkannya lagi...kerana fikiran sudah terlalu dihimpit dengan pelbagai perkara....
-----------------------------------------------------------
Selama aku tidak melakar kata-kata dilembaran ini...terlalu banyak perkara yang telah berlaku dan terjadi....tapi aku tempuhi juga dengan hati yang redha dan pasrah....
Aku sedar...aku bukan manusia yang sempurna..terdetik juga perkataan mencarut dalam hati gara-gara perkara yang berlaku....tapi aku segera beristighfar....kerana aku jarang menggunakan perkataan seperti itu dalam kehidupan seharian aku...perasaan amarah kadang-kadang berjaya mengawal akal fikiran dan hati aku....
-----------------------------------------------------------
Aku terasa...aku masih ditakuk yang lama..dengan sahabat-sahabat yang telah melangkah setapak demi setapak dalam kehidupan masing-masing....tapi aku masih dalam keadaan yang samar-samar....tiada hala tuju..
Perasaan rendah diri kian kuat bersarang di dalam hati bila berada di sekeliling orang-orang yang hebat belaka....
Pendidikan tidaklah sehebat mana....rupa pun tiadalah secantik mana...harta apatah lagi...
Aduh...semakin runsing dibuatnya...tapi aku tahu...Allah itu sentiasa disisi aku...
Dikala aku kesusahan...pelbagai bantuan dikirimNya melalui bermacam bentuk...Alhamdulillah syukur padaNya...
-----------------------------------------------------------
Disaat jemari menutur setiap perkataan....air mata aku sudah mula bergenang....terlalu banyak perasaan yang menghantui aku tika ini...hanya Allah yang mengerti....
Ada sahabat aku berkata...
-----------------------------------------------------------
" semuanya telah berlalu dan takkan berulang kembali..
dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana.."
dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana.."
-----------------------------------------------------------
Adakah dia benar?sekiranya betul...apa yang perlu aku lakukan?
Terlalu banyak spekulasi yang berada dalam benak aku sekarang...hmm...
-----------------------------------------------------------
Aku juga telah membuat keputusan...agar blog ini..akan menjadi blog rasmi aku..yang utama...blog kedua aku akan lakukan coretan terakhir bila aku bersedia nanti...dan akan kekal begitu untuk selamanya...
Ya...aku masih mengingatinya...tapi apa gunanya lagi...blog itu terlalu banyak menyimpan coretan sedihku...hingga aku yang membacanya semula...turut merasa semula kesedihan di awal perpisahan dulu...
Moga Allah kuatkan aku dari segalanya...
-----------------------------------------------------------
Terasa cemburu dengan kebahagiaan orang lain....sahabat handai yang telah pun berpunya dan serius dengan pasangan masing-masing...
Tapi aku amat berharap agar mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan yang baik, jujur, setia dan saling menghargai...
Aku tidak mahu perkara yang terjadi pada aku menimpa sahabat-sahabat aku yang tersayang...tidak sanggup melihat sejarah berulang kembali...
-----------------------------------------------------------
Bulan November ini..genap umurku 21tahun...
Angka yang bertambah...tanggungjawab juga bertambah...
Aku mula merasa tanggungjawab aku terhadap keluarga semakin besar...
Dengan peningkatan umurku ini...aku perlu berusaha lebih gigih lagi demi kesenangan keluarga aku...
-----------------------------------------------------------
Banyak juga yang telah aku celotehkan...tiba masa untuk mengundur diri...
Esok masih banyak perkara yang perlu dilakukan...
Harap hari esok lebih bermakna dan berfaedah dari hari ini dan semalam...INSYAALLAH...
ASSALAMUALAIKUM sebagai penutup bicara...senyum selalu...
(^^,)v
-----------------------------------------------------------
p/s : amacam ayat blog aku kali nih?skema gile x? ;P
Comments