GLAMOR LEPAS PUTUS CINTA



PUTUS cinta bukan bererti dunia sudah berakhir atau kehidupan menjadi gelap gelita. Jika diharungi dengan perasaan positif ia mampu menjadikan seseorang itu lebih bersinar dan berjaya.

Nur Emelda Ahmad (Melda), 20, misalnya, memperoleh habuan yang cukup lumayan daripada kisah percintaannya yang tidak kesampaian.

Mengekspresikan perasaan kecewa terhadap mantan sang kekasih dalam sebuah karya dinamakan Putus, lagu dihasilkan secara unplugged itu bukan saja menarik minat 290,000 pelayar laman sesawang YouTube tetapi juga pihak Sunsilk.

Terpesona dengan bakat nyanyian dimiliki Melda serta kemampuan gadis itu bermain gitar, pihak Sunsilk dengan kerjasama Red Communications Sdn Bhd selaku penerbit menjejaki pelajar tahun tiga jurusan vokal Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Kemudian, Melda ditawarkan pula membintangi drama realiti berjudul Gadis Semasa Sunsilk (GGS) yang diinspirasikan perjalanan hidup Melda sendiri.

Melda yang ditemui di restoran Canteen, Damansara Perdana, baru-baru ini mengakui apa yang sedang berlaku kini bagaikan sebuah mimpi.

"Saya tidak pernah termimpi untuk menceburi bidang glamor, apatah lagi menjadi pelakon. Ia berlaku secara kebetulan. Semuanya bermula apabila bakat saya dikesan Sunsilk dan Red Communications di laman YouTube.

"Saya memperdengarkan lagu Putus di laman sesawang popular itu hanyalah sebagai satu ekspresi saya yang ketika itu baru saja putus cinta.

"Tidak sangka sama sekali Putus ditonton ramai di laman YouTube, sekali gus membuka peluang kepada saya untuk terjun ke dalam industri," katanya.

Belum diuji panahan populariti, gadis yang memasang impian untuk menjadi juru vokal ini bagaimanapun menyifatkan pembabitannya dalam GSS sedikit sebanyak membantunya mengatasi kelemahan diri.

Sebuah jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui kepakaran, Sunsilk mendapatkan bantuan pakar untuk menawarkan bimbingan dalam memajukan perkembangan Melda.

Akses pakar kepada jurulatih suara terkenal, Ajai; personaliti TV popular, Wardina; pendandan pakar, Bambang Soteto dan segala pengalaman mereka akan memberikan kelebihan dalam perkembangan Melda.

"Perwatakan saya sebelum ini seorang yang pemalu dan sukar untuk berkata-kata, merendah diri dan takut berhadapan dengan orang ramai.

"Tapi pengalaman bekerja dalam GSS, tambahan pula dengan bantuan daripada Ajai, Wardina dan Bambang, saya dapat merasakan kini lebih yakin dan tidak gusar untuk maju ke depan," katanya.

Memegang watak memperkenankan namanya sendiri, akui gadis genit bermata kuyu itu, melakonkan watak itu bukanlah sesuatu yang sukar buatnya.

Ini kerana, sebelum penggambaran bermula, Melda bersama barisan pelakon yang lain terikat dengan sesi latihan dan sesi dialog kelolaan pengarah, Bernard Chauly.

"Tidak susah kerana saya hanya perlu menjadi diri sendiri. Dengan bantuan pengarah, pelakon, kru produksi dan tenaga pakar, segalanya menjadi lebih mudah," katanya.

Seperkara yang cukup menarik, tuah juga menyebelahi teman baik Melda iaitu Nurulain Edruce, 20.

"Saya dimaklumkan Melda, dia dipanggil untuk uji bakat oleh pihak Red Communications, namun tidak berani mencuba. Saya yang memaksanya pergi dan pada hari uji bakat saya mengiringi Melda dengan bermain gitar untuk lagu Putus dan Kimia.

"Ketika itulah, pihak penerbit menawarkan saya untuk memegang watak kawan baik kepada Melda. Sama seperti dikatakan Melda, watak ini juga tidak sukar untuk saya kerana di luar set pun kami memang 'best friend'," kata pelajar jurusan gitar klasikal, Diploma Muzik, UiTM, Shah Alam.

Menerusi GSS, satu lagi watak yang diwujudkan sebagai teman baik Melda adalah Tutti yang dipegang Liyana. Liyana sebelum ini pernah terbabit dalam siri Impian.

Sementara itu, Pengarah Urusan Red Communications Sdn Bhd, Lina Tan menambah, walaupun GSS adalah satu drama realiti, interaksi di antara Melda dan pakar tempatan adalah nyata, menggambarkan emosi, masalah dan nasihat yangsebenar. Kaedah produksi menggunakan kamera tangan dipilih untuk membolehkan perjalanan lancar jalan cerita.

*Catatan : Sumber dari Harian Metro

-------------------------

Aku ada post pasal lagu PUTUS dan KIMIA dari MELDA AHMAD ni..klik sini kalau nak review..meh jom tengok?
Aku pun nak jadi macam ni?boleh? :D
ASSALAMUALAIKUM :)

-------------------------

YF : Kapan mahu bertemu?

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum

Alhamdulillah..itulah hikmat atas segala kepahitan =)

Sy nk jgk..nGee~
Yulia Fajrin said…
@Novelgurl : WAALAIKUMUSALAM..heee..betul tau..setiap kejadian tu..pasti ada hikmahnya kan ?XD

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?