TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Nak tahu jenis-jenis dadah tak???mana lah tahu...terjumpa ke...terserempak ke...kan...hah..boleh la detect...dah jumpa..bukan suruh hisap ke apa...adoi..payah tol kalau jumpa orang macam ni....jangan hisap or buat benda bodoh ok...buang tak pun report polis...itu je tindakan yang bijak :D 
Meh aku bagitahu korang jenisjenis dadah ni, ok??

---------------------------


HEROIN - Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

JENIS / BENTUK - Bes Heroin, Heroin No.3, Heroin No.4, Brown Heroin dan Heroin Black Tar.

NAMA LAIN - Big H, Dope, Smack dan TNT.

CARA PENGGUNAAN - Menguntik dan menghidu.

CIRI PENAGIH - Mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut, sugul.

---------------------------


MORFIN - Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

MORFIN MENTAH - Didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′. Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1.

BES MORFIN - Diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70%. Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi.

PIL MORFIN - Mengandungi Morfin Sulffat. Berwarna putih atau coklat pucat.

JENIS / BENTUK - Morfin Mentah, Bes Morfin dan Pil Morfin.

NAMA LAIN - M. Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer dan Morphan.

CARA PENGGUNAAN - Menyuntik dan menelan.

CIRI PENAGIH - Hilang selera makan, tindak balas lambat, kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, cemas dan sugul.

---------------------------

Candu mentah

Candu masak

CANDU - Dihasilkan daripada buah popi muda.

CANDU MENTAH - Getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda. Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.

CANDU MASAK - Candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Berwarna coklat hitam.

TAHI CANDU - Sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.

JENIS / BENTUK - Candu mentah, candu masak dan tahi candu.

NAMA LAIN - Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O” dan Tar.

CARA PENGGUNAAN - Menyuntik dan menelan.

CIRI PENAGIH - Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sunggul.

---------------------------


GANJA - Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.

JENIS / BENTUK - Seperti daun kering dan dimampat.

NAMA LAIN - Grass , pot , Marijuana dan weed.

CARA PENGGUNAAN - Menghisap.

CIRI PENAGIH - Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan dan terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul.

---------------------------


SYABU - Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.

JENIS / BENTUK - Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperti tawas.

NAMA LAIN - Ice. 

CARA PENGGUNAAN - Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu.

CIRI PENAGIH - Yakin pada diri sendiri , bertenaga dan cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan.

---------------------------


ECSTACY / MDMA - Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam, MDMA juga adalah dadah psychoactive.

JENIS / BENTUK - Pil dengan pelbagai warna dan simbol.

NAMA LAIN - Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA dan YABA.

CARA PENGGUNAAN - Menelan, campur dan minuman.

CIRI PENAGIH - Gembira dan terlalu cergas, berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik yang kuat dan goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah dan resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur.

---------------------------


KETAMIN - Sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves.

JENIS / BENTUK - Serbuk putih, kristal, cecair dan pil.

NAMA LAIN - “K”, Special K, Vitamin K dan Kit Kat.

CARA PENGGUNAAN - Dihisap melalui hidung atau dicampur dalam minuman.

CIRI PENAGIH - Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah, deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah.

*Catatan : Sumber dari SKIM LENCANA ANTI DADAH

---------------------------

Ok!!!Aku dah bagitahu jenisjenis dadah ni...siap bagitahu caracara lagi..tapi jangan la korang ikut pula....ni langkah berjagajaga ok!!ingat...BERJAGAJAGA!!mana tahu kawankawan korang mengalami ciriciri tersebut..hah, boleh lah buat tindakan seterusnya -.-
Ok..jumpa next entri!!
ASSALAMUALAIKUM :D

---------------------------

YF : Sangat pening dengan Sahabat Blogger 
punya notification, tapi best!!

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?