DI TIKAR ITU
Seringkali aku mencari
Mencari tempat untuk mengadu
Tapi di manakah ia
Agar bisa aku bersimpuh
Mungkin juga kerana aku alpa
Hingga hati tidak tercelik
Bahawa tempat itu
Sangat hampir denganku
Mungkin juga kerana aku leka
Hingga membiarkan dunia mengaburi mata
Sangat jauh dari dariku
Hingga aku tersedar
Hingga aku terjaga
Hingga aku tersadung
Hingga aku terjatuh
Di tikar itulah
Tempatku mengadu
Tempatku menangis
Tempatku merayu
Di tikar itulah
Aku berserah padaNya
Aku memohon dariNya
Agar keampunan diberikan
Sungguh aku tidak layak untuk itu
Di tikar itulah
Seringku termangu
Mengenang masa silam
Mengingat kisah duka
Di tikar itulah
Aku sujud
Hanya untukNya
--------------------------
YF : Iman adalah mutiara
Comments