MASIH MENCUBA

Aku tahu aku bukan yang terbaik
Aku tahu aku insan biasa
Aku tahu aku insan lemah
Aku tahu aku seorang yang alpa

Aku sering berbuat salah
Aku sering melakukan kesilapan
Aku sering melampaui batas
Aku sering melangkaui tertib

Kerana itu aku masih mencuba
Mencuba untuk memperbaiki segalanya
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Mencuba untuk tidak mengulangi kesilapan
Yang semakin bertimbun menjadi sejarah

Aku masih mencuba
Tetap mencuba
Terus mencuba
Takkan berhenti mencuba
INSYAALLAH

ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------

YF : Cuba tidak ambil pusing keadaan sekeliling

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?