CURI-CURI TILIK TULISAN KEKASIH


Eh...tilik bukan sebaranga tilik tau!!

Tilik kena ada ilmu!
At least, ada bimbingan dari orang lain yang lebih berpengetahuan luas!
Aww yeah!!

Hah...korang kan selalu meliriklirik manja kat sesiapa yang yang korang suka kan...
Gayalah...percakapanlah...what so ever lah kan...
Tapi yang paling susah nak tengok tu..TULISAN...

Betul tak??sebab...takkan tetiba je korang nak suruh si pencuri hati tadi menulis kat depan korang kan?
Melainkan isi borang nikah ke...eceh...nikah terus kau...hahahha!!

Ini berdasarkan pandangan ataupun kajian yang telah dilakukan oleh DR FADZILAH KAMSAH...siapa tak kenal...memang aku hempuk dia..melainkan adikadik yang comel baru nak kenal dunia ke kan...sokay...aku maafkan...XD

---------------------------------------------------

PERTAMA ~ TEKANAN

1.   Tekanan yang kuat - Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas  
                                   di bahagian belakang kertas.
      > Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2.  Tekanan yang ringan - Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak  
                                     berbekas.
      > Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

KEDUA ~ BENTUK TULISAN

1.  Tulisan yang bulat-bulat - Semua huruf ditulis dengan bulat
     > Emotional - prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak 
       di sebelah kanan (otak kreatif).

2.  Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper - Tulisan yang angular dan sharp
     > Rational - berkerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di
       sebelah kiri (otak logical).

KETIGA ~ KECONDONGAN

1.  Condong ke kanan
     > Extrovert - suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur 
       orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

2.  Condong ke kiri
     > Introvert - suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada 
       kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

3.  Tegak
     > Systematic - mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan  
        cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

4.  Campur-campur
    > Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan 
      datang bulan (maaf).

KEEMPAT ~ KERAPATAN

1.  Jarang-jarang
     > Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

2.  Rapat-rapat
     > Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

KELIMA ~ PADA HURUF J, G, Y, Z

1.  Ada ekor 
     a) Besar, panjang dan sempurna
      > Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian 
            pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
     b) Kecil, pendek dan tak sempurna
      > Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang 
         walaupun sayang itu banyak dalam diri

KEENAM ~ PADA PALANG HURUF KECT T (t)

1. Tinggi
    > Tahap aspirasi tinggi. 

2. Rendah
    > Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

3. Tengah-tengah
    > Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

*Catatan : Esempoi

Boleh ke kita tukar tulisan untuk jadi orang yang lebih berjaya?Tepuk dada, tanyalah jari :P


---------------------------------------------------

Hah...tilik tilik juga...
Jangan sampai juling pula mata tu ek....
Tak nak tanggung woo!! XD
ASSALAMUALAIKUM

Totally not me!!! T.T

---------------------------------------------------

YF : Can't Make This Over

Comments

amna said…
saya suka la tilik2 mcm ni.. tq for info ^^
Yulia Fajrin said…
@amna : heeee!! welcome!! XD

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?