TERINSPIRASI DRAMA STANZA CINTA



Fuh...baru lepas tengok drama STANZA CINTA kat TV3 yang baru saja bermula hari ini...jam 9.00 malam...Lakonan Aaron Aziz sebagai Irfan dan Nur Fathia sebagai Amni...aku ingat drama ni bukan adaptasi dari novel...tapi bila tengok sampai habis drama tu...memang ya...dari novel STANZA CINTA...

Hurm...ada lagi ke perempuan sebegitu rupa?
Kalau ada...ALHAMDULILLAH...

Kan best kalau aku boleh jadi macam tu...
Tak layan lelaki...
Baik...
Sopan...

Tapi...memang harapanlah aku nak jadi macam tu kan...
Sebab tak layak kot...
Huhuhuh...
Tetiba sedih dengan keadaan diri sendiri... T.T

Sampai bila tah aku nak jadi macam ni...
Tak tentu hala punya perempuan...
Semuanya tunggang langgang...

Kadangkadang...manusia perlukan sesuatu untuk berubah...
Kalau aku nak berubah sematamata kerana watak Amni tu...
Macam tak patut pula kan...
Tapi tak salahkan kalau untuk berubah kepada yang lebih baik?
Masalahnya...macam mana nak mula?
Aku tak naklah terus tak berkawan dengan lelaki...
Cuma nak ada prinsip...
Tak boleh itu...tak boleh ini...

Nak jadi baik...memang susah, kan?
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------------------------

YF : Tercelik dari sebuah ilusi indah, 
Terjaga dari sebuah mimpi indah

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?