TOLONG!AWEK AKU PONTIANAK || JANJI GUA ADA AWEK..LU ADA??
Baru pulang bersama BFFs tersayang...dari Sunway Pyramid...fuh...esok nak kerja...malam ni boleh pula balik lambatlambat kan...
Ingat nak temankan si Aishah ni beli seluar je kat Plaza Alam Sentral...aku pun ikut shopping juga...beli tudung satu untuk ibu dan satu seluar untuk IRFAN yang tercomel...heee...murah je kot... XDD
Lepas...keluar pula idea dia nak tengok wayang...aku pun ikut je lah kan...pergi Sunway Pyramid je sebab Aishah ada dapat dua tiket wayang TGV free dari Nuffnang sempena birthday dia tempoh hari...jealous...aku pun tak dapat pape lagi dari Nuffnang nih tau....grrrrr!!!
Mulamula nak tengok Transformers...tapi start pukul 11.30pm...bila pula nak balik, kan...filem tu dah lah lama gila...lepas tu...korang tahu kitorang pilih filem apa???Jom review kat bawah ni!!
Lawak tetap lawak!!tapi lawak dia ada jalan cerita...kehkehkehkeh...papehal pun...Zahiril Adzim dan Sazzy Falak...lakonan anda memang lawak dan sangat comel!! XDD
----------------------------------------
Babak menarik
Antara pelakon
Trailer
Sinopsis
Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya (Sazzy) dan Liyana (Liyana Jasmay). Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar.Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik.
Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh Pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran Pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah Pontianak.Tapi… keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL, semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob.
*Catatan : MummyNemo
OST
Comments
@dwaty : tahu tak apa! XD