AKU SEORANG PENGANGGUR

Fuh!!! Hari ini, secara rasminya aku menjadi seorang PENGANGGUR kembali setelah bergelumang dengan dunia kerjaya selama 1 tahun 3 bulan sebagai Purchasing Assistant

Eh! Kenapa aku jadi penganggur ya? Siapa yang rajin jengah blog aku ni, pasti tahu. Takpe. Aku bagitahu sekali lagi ek. Aku bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah di salah sebuah universiti di dalam Selangor. Universiti apa, segan aku nak bagitahu. Hehehe. Selama 4 tahun akan berhempas pulas untuk menjadi seorang graduan sekali lagi. Doakan aku ya? :)

Walaubagaimana pun, perasaan sedih untuk meninggalkan syarikat tersebut masih terasa hingga sekarang. Dalam masa seminggu yang lepas, aku diberikan pelbagai hadiah. Syukur dengan rezeki yang diberikan. Terima kasih semua! Ada yang mengalirkan air mata sebab aku dan Shakira akan berhenti dari syarikat itu. Terharu aku dibuatnya. T.T

Banyak ilmu yang telah aku perolehi. Banyak perkara yang telah pelajari. Dari segi kerja, persekitaran dan permasalahan aku cuba untuk olah dan simpan apa yang patut disimpan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan. Boleh dijadikan panduan hendaknya. INSYAALLAH.

Penganggur pun, sekadar 2 minggu saja. Selepas itu, bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar. Raya pula seperti tiada rasa. Almaklumlah, banyak perkara perlu diselesaikan dan dilaksanakan dalam masa yang terdekat tu. Cuma 5 hari raya saja aku sempat beraya secara puratanya. Hari yang ke-6, aku akan mendaftar. Haish! Nervous pula aku. -__-

Dalam masa 2 minggu ni juga, aku perlu selesaikan yuran dan membuat medical check-up di klinik kerajaan. Kalau bolehlah. Kalau tak boleh, terpaksalah menggunakan khidmat klinik swasta. Nama pun swasta kan, jadi agak 'swasta' jugalah harganya. Fuh! Melayang lagi wang kertas aku. 

Bila dah jadi penganggur ni, kenalah rajin-rajin meringankan tulang yang terlalu berat untuk dibanting mengemas rumah. Heh. Malas gila kot. Kuih raya pun tak buat lagi sebab sibuk buat kuih untuk tempahan. Cewah! Macamlah banyak sangat ya? Tapi syukur jugalah. Rezeki tetap rezeki, kan? :))

Jangan bagi aku menaip. Memang panjanglah gamaknya.
Selamat berpuasa dan selamat bershopping!!! #janganbelanjasakan XD
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------

YF : Pelamin anganku musnah

Comments

shandye. said…
hehe. teringat dolu2 tahun 2008 pg klinik desa wat medical checkup lepas tu kena jugak2 pg hospital daerah sbb klinik tu takde mesin xray.

dhla turun naik bas (masa tu mak kerja, tkde masa nak tolong hantarkan). segan gila kot usung menatang fail xray yg besar gedabak tu. nampak sangat nak daftar masuk u. segan + bangga ekceli.

tkdelah mahal mana. dlm rm20 klu tak silap. huhu...

sedar tak sedar dh nak abes belajar dh sy... bukak sem ni dh final year student. cepat benar masa berlalu...
Anonymous said…
semoga tabah menempuhi kembali alam student nt ye.. jgn give up, jgn main2, and jgn wujud 'extend' lps nih. paham? doaku sentiasa utkmu.. :)
Yulia Fajrin said…
@shandye. : hahahhaaha...nampak benor zaman dulu yee... :)

@amirah : extend???tetibe teringat..haiyaaa -____-

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?