ALAM KEDEWASAAN
Dewasa
Aku tidak mahu jadi dewasa
Aku tidak ingin komitmen
Aku tidak rela dibebani pelbagai masalah
Dewasa
Semakin meningkat umur
Semakin rumit masalah yang aku alami
Baik dalam mahupun luar
Baik nyata ataupun fantasi
Dewasa
Terlalu sukar untuk difahami
Mungkin akalku masih ditakuk remaja
Zaman remaja yang masih subur dalam jiwaku
Dewasa
Gementar ingin melangkah ke alam perkahwinan
Itupun sekiranya sempat hidup di bumi Allah
Namun tidak juga ku pinta untuk bertemu jodoh
Dewasa
Boleh jadi gila dibuat
Terlalu banyak tekanan
Wang, harta
Semuanya menjadi kepentingan
Dewasa
Ah!
Apa itu dewasa???
----------------------------------------
YF : Berjuta bintang di langit
tapi hanya satu yang terpaut dihati
Comments
terimalah dengan hati yang terbuka, dan lensa yang sedikit ber-tinted!