KELALAIAN YANG MENAKUTKAN

Hari ini aku telah melakukan sesuatu tanpa aku sedari. Aku lakukan di luar kawalan aku. Aku terkejut. Panik. Hampir-hampir mengadakan suatu kisah yang tidak elok untuk didengari.

Namun, aku masih di sini. Masih bernafas. Masih boleh menaip dengan lancarnya. Masih boleh berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Aku masih di sini. 

Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku kepadaNya kerana telah menyedarkan aku dan menarik aku kembali ke alam sedar. Istighfarku dengan rendah dirinya. Terasa seperti diberikan peluang baru untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan lampau.

Maafkan aku. Debar jantungku masih berdetak dengan laju tika ini. Mengenang kembali peristiwa yang berlaku dengan pantas dan sekelip mata. Mujur. Segalanya mujur. Terdiamku sejenak. Ku akur dengan kehendakMu YA ALLAH.
ASSALAMUALAIKUM


---------------------------------------------------

YF : Tetapku di sini

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?