TERASA SANGAT POSITIF

Sudah dua hari berada di rumah. Mata sudah pun bertentang dengan skrin laptop, jari sudah bersedia ingin menari di atas papan kekunci namun semangat itu hilang tiba-tiba. Idea juga turut terbang entah ke mana. Aku jadi blur kejap. Entah. Tak tahu kenapa dan mengapa. Pagi ini, baru terasa ingin menaip. Hehehe. 

Semalam di universiti, IC dan cover phone aku hilang. Aku tak perasan IC hilang tapi cover phone hilang aku perasan. Jadi aku buat biasa sajalah. Jodoh tak lama dengan phone aku tu. Masa aku sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke rumah, aku terima satu panggilan. Dari Main Security universiti aku dan menceritakan hal sebenarnya. YA ALLAH. Macam mana aku boleh tak perasan IC aku hilang??? :(

IC tu aku masukkan dalam cover phone tu sebab aku gunakan IC untuk urusan buat akaun bank baru. Cuai. Ya, memang aku cuai. Terus aku kelam kabut bersiap dan dengan langkah yang sangat laju, aku bergerak keluar bilik aku. Sebenarnya, aku kurang pasti butir di mana Main Security berada. Setiap asrama ada pondok pengawasan masing-masing. Jadi, aku bertanya pada Mak Cik Security yang berada di asrama aku di mana Main Security berada yang nampaknya sudah bersiap ingin pulang ke rumah dengan bag packnya. Setelah bertanya, Mak Cik itu dengan baik hatinya membuat pertanyaan melalui walkie talkie miliknya ke pada Main Security. Rupa-rupanya Main Security berada di pintu utama universiti. Aku pun apa lagi, setelah mengucapkan terima kasih terus aku ingin melangkah menuju ke destinasi kerana aku ingin mengambil IC aku dan segera mendapatkan bas untuk pulang ke rumah. Belum sempat aku melangkah, Mak Cik tadi dengan senyumnya mempelawa aku naik skuter miliknya kerana katanya, dia juga ingin melalui tempat yang sama. 

YA ALLAH. Sesungguhnya Engkau tahu hambaMu berada di dalam kesulitan. Dari asrama aku untuk pergi ke pintu utama universiti, fuh! Jauh! Kalau jalan kakilah. Mula-mula aku menolak tapi Mak Cik tu berkeras juga ingin tumpangkan aku. Dalam hati, bersyukur sangat-sangat sebab dipermudahkan segala kesulitan aku. Yang menjumpai IC dan cover phone aku itu adalah seorang junior tapi beliau tidak tahu ingin dihantar ke mana kerana masih baru dengan persekitaran universiti. Nama pun junior kan. Jadi junior tersebut telah bertanya kepada seorang gadis, Aina Sofia di mana ingin menghantar IC tersebut agar pemiliknya boleh mendapatkannya semula. Kebetulan, mungkin Aina Sofia itu seorang senior. Pasti tahu selok belok universiti, kan. INSYAALLAH. Jadi beliau yang menghantar IC aku ke Main Security universiti. Itu cerita dari Aina Sofia melalui telefon. Aku sempat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Setinggi-tinggi syukurku padaNya. :)

Dengan kisah ini, aku terasa sangat positif. Terasa sangat yakin denganNya. Tawakallah dengan kejadianNya. Redhalah dengan ketentuanNya. Ini pengajaran buat aku agar tidak lagi cuai atau lalai. Kadang-kadang, ALLAH sekadar ingin menyedarkan kita tentang sikap buruk kita. Sehingga pulang, masih berlegar-legar kejadian yang menimpa aku. Nak dijadikan cerita, memang begitulah yang akan terjadi. 

Saat aku menaip ini pun, aku tersenyum sendirian. Mengenangkan cerita yang begitu banyak kebetulannya. Terasa sangat disayangi! :))

Dah pukul berapa ni, ya? OK! 4.23am! Need to go!
Jumpa lagi di lain waktu atau di lain hari. INSYAALLAH.
Jaga diri semua!
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------------

YF : Someday, this pain will be useful.


Comments

shandye. said…
lihat dari sudut positifnya sekurang-kurangnya kita telahpun mempelajari pelajaran hidup yang berguna, betul tak?

dan setidak-tidaknya kita berkenalan dgn orang baru... seorang senior yang semestinya boleh membantu kita di uni...

hehehehe...

take care.
Yulia Fajrin said…
@shandye. : yeah..betul tu..huhuhuh.. :)

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?