DI TIKAR ITU
Seringkali aku mencari Mencari tempat untuk mengadu Tapi di manakah ia Agar bisa aku bersimpuh Mungkin juga kerana aku alpa Hingga hati tidak tercelik Bahawa tempat itu Sangat hampir denganku Mungkin juga kerana aku leka Hingga membiarkan dunia mengaburi mata Meletakkan tempat itu Sangat jauh dari dariku Hingga aku tersedar Hingga aku terjaga Hingga aku tersadung Hingga aku terjatuh Di tikar itulah Tempatku mengadu Tempatku menangis Tempatku merayu Di tikar itulah Aku berserah padaNya Aku memohon dariNya Agar keampunan diberikan Sungguh aku tidak layak untuk itu Di tikar itulah Seringku termangu Mengenang masa silam Mengingat kisah duka Di tikar itulah Aku sujud Hanya untukNya -------------------------- YF : Iman adalah mutiara