MENCARI DIRI DI SINI
ALHAMDULILLAH. Dapat juga aku menaip. Setelah seminggu lamanya meninggalkan blog kesayangan. Hahaha. Taklah lama sangat, kan? Seminggu. Banyak perkara telah berlaku terhadap diri aku. Terlalu banyak. Ya. Sampai sekarang, masih tidak percaya kaki ini telah pun melangkah ke universiti ini. Umpama impian yang sekadar main-main, menjadi kenyataan. Walaupun begitu, aku terpaksa melalui satu semester ini dengan menghadiri kelas Bahasa Inggeris sahaja kerana untuk memasuki kuliah, wajib melepasi Band 6 untuk English . Tapi, tidak mengapa. Bila lagi aku nak belajar English kalau tak terdesak, kan? I have too. I must too. Sekarang ni, sedang belajar untuk bercakap dalam English . Memang tunggang terbalik dibuatnya. Harap dapat exit untuk semester seterusnya. Fuh! Doakan aku ya? Roomates . ALHAMDULILLAH. Semuanya ok. Dalam bilik aku ada 4 orang termasuk aku. Mereka bertiga masing-masing dari KUIS. Berumur 21thn. Muda setahun dari aku. Tapi aku masih boleh ngam dengan mereka. Syukur. Bili...