TERIMA AKU APA ADANYA

Dalam kehidupan seharian kita, pasti kita ada kegemaran sendiri. Contoh :

1) Baju

Dalam banyak-banyak baju atau T-shirt, yang lusuh tu juga yang dicari. Kenapa? Sebab kita dah sebati dengan baju tu. Selesa. Lembut. 

2) Kasut

Kasut banyak. Satu almari. Tapi yang kasut sarung tu juga yang kita nak pakai. Kalau boleh, pakai sampai hancur. Sampai tak boleh pakai. Sebab kita senang nak bergerak ke sana ke mari.

3) Tudung

Tudung pelbagai jenis warna ada kat dalam almari. Macam-macam fesyen ada. Tapi yang hitam tu juga kita nak pakai. Yang sarung tu juga yang kita cari. Ye lah. Senang nak match dengan semua baju. Lagi-lagi kalau dalam keadaan tergesa-gesa.

4) Handphone

Orang kutuk handphone kita. Lama. Tak up to date. Tapi kita tak kisah. Kita yang pilih model tu. Guna duit sendiri pula tu, kan. Janji boleh call dan SMS.

5) Notebook

RAM dia sikit. Hard disk storage dia pun kecil. Slow pula tu. Kalau member kita guna, mesti dia komplen. Tapi kita sabar je. Sebab kita tahu, kita buat assignment, online, dengan notebook tulah.

Aku anggap para pembaca blog aku mempunyai sebuah keluarga. Ayah, ibu, adik beradik, pak cik, mak cik dan sebagainya. Mungkin juga kamu semua mempunyai kekasih mahupun suami/isteri. Dan, pastinya ada teman-teman rapat yang menemani perjalanan hidup seharian.

Aku pasti, mereka menerima kamu seadanya. Baik buruk kamu, tetap diterima dengan hati yang terbuka. Mengapa? Sudah sayang, buruk tetap akan nampak cantik dipandangan. Walaupun kita jahat, pasti ada yang akan berada disamping kita untuk menasihati dan memimpin kita. Bertuahkan kita? :)

ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------------

YF : Aku maafkan kamu.

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?