YANG BARU BERLAMBAK, YANG LAMA TETAP PILIHAN DI HATI

Oleh kerana dah fed up nak ubah layout, aku terpaksa guna balik layout lama. Malas nak menggodek websites yang ada kat dalam perut En. Google kita. Sekarang dah pukul 3.18am. Orang sedap berdengkur, aku menambahkan pening kepala. Noice *nice* !

Aku harap tiada kekeliruan yang berlaku. Blog ini tetap bertuankan yang lama. Tiada admin mahupun manager. Tiada juga gaji untuk dibayar. Sebab Nuffnang pun dah lama tidak diziarahi. XD

Sebenarnya, ilmu mengedit blog dah lama berkarat dalam sisi otak aku. Nak diasah, perlukan masa dan komitmen. Bukan apa, dah lama tak berkepit dengan diari online ni. Jadi nak kena bertanya khabar dan sebagainya. Kalau tak, terkejut dia. Macam sekarang ni. Haih. Apa pun tak boleh.

Maaflah, banyak merepek. Sebab tengah makan kerepek. Sudahlah. Malas nak menaip. Baik aku pergi menaip dalam mimpi. Lagi syiok.

ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------

Let ALLAH guides us to the right path.

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?