Posts

Showing posts from August, 2013

SELANGOR - KELANTAN - PAHANG - SELANGOR || BARAT - TIMUR - BARAT

Image
Assalamualaikum. Penat Ya Rabbi! Penat sungguh badan meredah perjalanan yang jauh ke Kelantan. Patah balik ke Selangor menambahkan lagi penat badan. Pinggang saya pun dah sakit-sakit sebab duduk terlalu lama. "Dah tahu jauh, kenapa nak pergi Kelantan tu?" Oh! Sepupu saya kahwin dengan orang sana. Diorang buat majlis belah lelaki pula. Tu yang  datang ke Bachok, Kelantan. ^^,) Lepas pergi ke majlis tersebut, saya pergi beraya rumah jiran belakang rumah saya pula di kawasan Bachok juga. Layanannya, MasyaAllah! Kelas gitu. Tuan rumah sangatlah peramah. Bawa saya dan keluarga pergi jalan-jalan ke Pekan Che Yah lagi. Shopping! Mula-mula nak pergi Rantau Panjang, tapi sayang, jalam menghala ke sana terlalu sesak untuk dilalui hasil maklumat dari penduduk setempat. Jadi terpaksalah batalkan niat.  Tak apa. Lain kalin boleh pergi, kalau ada rezeki dan kesempatan, InsyaAllah. Keesokan harinya, bergeraklah saya dan keluarga menghala ke Kuala Lipis, Pahang. Check-in kat Lipis Plaz...

RAYA DAH DATANG || RAMADHAN DAH PERGI

Image
Assalamualaikum! Fuh! Sangatlah penat mengemas itu ini. Memasang itu ini. Membasuh itu ini. Banyaknya itu ini kan? Agak terkilan sikit sebab  sempat buat kuih tart nenas saja. Yang lain tak sempat. Rumah tak siap kemas lagi. Baju tak berlipat. Langsir tak dipasang. Memang tak lah nak terperap kat dapur buat kuih raya semata. Jadi, kita gunakan kuasa jari untuk membeli kuih 'tunjuk'. ;) Tak ada mood nak bergambar tapi akhirnya ada juga gambar yang telah diambil. Kuikuikui. Happy je tengok orang upload gambar banyak-banyak kan. Takpe. Esok ada lagi. InsyaAllah.  :P Dikesempatan ini, saya YF ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya para bloger yang beragama Islam. Kepada yang lain, selamat menikmati hari cuti dan memandulah dengan cermat dan selamat. ^^,) Wasalam ---------------------------------------------- YF : Moga dapat berjumpa Ramadhan lagi. Published with Blogger-droid v2.0.10

PENANGAN POPIA SIMPUL DAN POPIA NESTUM

Image
Assalamualaikum. Di kala aku menaip ini, aku sedang membuat popia simpul. Peh. Order orang tak siap-siap lagi. Bersengkang mata lah jawabnya. Badan pun dah sakit-sakit. Mana taknya, duduk saja 3-4 jam menyimpul popia. Hahahaha. Kalah ber online rasanya. Eh, korang semua dah beli baju raya? Saya belum lagilah. Tapi baju raya Ipan dah beli. Heeee. Penat juga rupanya ya cari baju raya dan kasut raya budak kecil ni. PKNS tadi tersangatlah ramainya. Dengan bazaarnya , dengan booths nya, macam kat jalan TAR dah rasanya. Over tak perumpamaan aku? XD Takpelah. Setahun sekali saja kan. Mood nak raya dah semakin terasa. Fuh. Kejap je rasanya. Huuuuu. Will miss you Ramadhan :') Okay lah.  Nak sambung menyimpul. Heeee. Selamat bersahur semua. ^^,)/ Wassalam. --------------------------------------- YF : The Conjuring Published with Blogger-droid v2.0.10

BALIK KAMPUNG || HANIF IRFAN

Image
Assalamualaikum! Yey! Esok balik rumah. Yey! Yey! Esok balik rumah. Yey! Yey! Hahahahaha! Sakan gila kan? Tak sabar nak balik. Jumpa family, ipan budak kecik omey tu, kawan-kawan, semualah! Senang cilita. XD Tapi saya lagi 2 minggu saya ada paper lagi. Paper Bahasa Melayu. Huuuuu. Okay. Spoiler detected! Eh. Korang tak tahu kan saya ada adik kecik omey omey omey angat. Hahahahah! Terserlah kegedikan. Adoi. Hah. Itulah adik saya. Hanif Irfan nama dia. Sebenarnya itu anak jiran saya. Ibu saya jaga dia dari baby sampailah sekarang ni. Memang dah macam adik sendiri. Dengan kami je dia buat perangai. Jumpa orang, malu baq hang! Nanti saya post lagi gambar-gambar dia ya? Stay tune! *macam retis betul* Okay lah. Nak cari mood tidur. Esok nak bangun awal. Heeeew. Selamat beribadah dan selamat malam semua. ^^,) Wassalam                 --------------------------------------------------   ...