SELANGOR - KELANTAN - PAHANG - SELANGOR || BARAT - TIMUR - BARAT
Assalamualaikum. Penat Ya Rabbi! Penat sungguh badan meredah perjalanan yang jauh ke Kelantan. Patah balik ke Selangor menambahkan lagi penat badan. Pinggang saya pun dah sakit-sakit sebab duduk terlalu lama. "Dah tahu jauh, kenapa nak pergi Kelantan tu?" Oh! Sepupu saya kahwin dengan orang sana. Diorang buat majlis belah lelaki pula. Tu yang datang ke Bachok, Kelantan. ^^,) Lepas pergi ke majlis tersebut, saya pergi beraya rumah jiran belakang rumah saya pula di kawasan Bachok juga. Layanannya, MasyaAllah! Kelas gitu. Tuan rumah sangatlah peramah. Bawa saya dan keluarga pergi jalan-jalan ke Pekan Che Yah lagi. Shopping! Mula-mula nak pergi Rantau Panjang, tapi sayang, jalam menghala ke sana terlalu sesak untuk dilalui hasil maklumat dari penduduk setempat. Jadi terpaksalah batalkan niat. Tak apa. Lain kalin boleh pergi, kalau ada rezeki dan kesempatan, InsyaAllah. Keesokan harinya, bergeraklah saya dan keluarga menghala ke Kuala Lipis, Pahang. Check-in kat Lipis Plaz...