DAH HABIS, RASA NAK TAMBAH LAGI
Malam kelmarin, abang aku ajak pergi satu warung ni. Hish! Aku tak tahulah nak panggil warung ke, gerai ke, kedai ke. Confuse hakak! Aku panggil warung je lah ya? Nama warung tu, D'Selera Big Bundle. Haaaa! Apa lagi, lepas ambil adik aku kerja kat USJ1, teruslah zazzzz ke warung berkenaan. Orang nak belanja, jangan ditolak ye tak? Rezeki, rezeki!
Tapi kan, kenapa warung tu ada nama 'bundle' plak? Sebabnya, warung tu sekali dengan kedai bundle laaa! Kihkihkih! Itu pun tak tahu ke? Jangan cakap hakak tak bagitau plak! Sekeh sat gi. Siapa peminat bundle dan kelaparan, bolehlah singgah warung ni. Tak rugi oi!
Kawasan hadapan warung D'Selera Big Bundle
Kedai Bundle
Kenapa plak tak rugi? Sedap sangat ke Nasi Lemak Ayam Berempah dia tu? Hurm. Bab makanan ni, aku agak skeptical sikit tentang kesedapannya. Hahahaha. Tapi yang ni. Erm. Makan tak tengok kiri kanan depan belakang dah. Pekena plak dengan Teh Ais. Fuh! Tengok-tengok, nasi dah habis! Waaaaaaa! Aku tak tahulah aku ni yang over atau Nasi Lemak Ayam Berempah tu memang sedap! Ke sebab orang yang belanja ni YF? Kihkihkih!
Wajah sebenar Nasi Lemak Ayam Berempah D'Selera Big Bundle
Kalau nak guna waze or Google Map, boleh try guna nama warung tu sendiri. So, kalau tak dapat guna nama warung tu, boleh guna nama kedai makan yang berhampiran iaitu MyTomYam Putra Heights dan Aman Corner. InsyaAllah sampailah korang ke destinasi pilihan hati. Kalau nak alamat, ada kat bawah ni hah:
Jalan Kempas, Kg. Tengah A
Batu 13, Puchong
Menu selain Nasi Lemak Ayam Berempah dan waktu operasi
Duh! Punyalah membebel dari tadi. Hahahaha! Lupa nak bagitau harga Nasi Lemak Ayam Berempah ni berapa. Harganya cuma RM5.00 saja. Aku rasa, mana-mana kedai, jual harga macam ni, tak pun RM6.00. Aku rasalah. Maaf kalau silap! T.T
Dah rasa sedap, pergi banyak kali pun takpe kan? Ihiks!
---------------------------------------
YF: Warung ni ada karaoke, kbai!
Comments
@BondaZahra: Hahahah! :P
@IshakIsmail: suka kot gi bundle! :D
@PCL: Ermmm. Tak cukup. hahahha!
@HanimHashim: kannnnn :D