GUNUNG NUANG VIA PANGSUN || PENDAKI 'BARU'
Assalamualaikum
Kali terakhir aku mendaki ialah Gunung Bujang Melaka, Perak. Saat itu pun, sekadar suka-suka bersama bekas teman sekolah. Kalau tidak salah, 4 atau 5 tahun lepas. Walau sekadar suka-suka, tapi itu dah cukup buat aku jatuh cinta dengan mendaki, bau hutan di subuh hari dan bunyi-bunyian alam semesta. Jujur aku rindu.
Selepas menamatkan pengajian baru-baru ini, hati teringin untuk mendaki kembali. Aku mulakan dengan mendaki Bukit Saga, Ampang. Walaupun bukit, cukup buat aku berpeluh satu badan. Penat. Tapi aku puas. Puas dapat memenuhi kehendak adrenalin.
Kawan seminat sehobi, mudah sahaja dengan adanya group Hiking & Camping Around Malaysia di Facebook. Saban waktu ada saja aktiviti yang bakal diadakan setiap hujung minggu. Tinggal ingin join sekali atau tidak. Cuma halangan terbesar aku untuk mendaki adalah, kemudahan kenderaan. Kereta di rumah, cuma satu sahaja. Jadi, pergerakan terbatas sedikit.
Seawal 1.30 pagi, aku dan 4 lagi kawan baru aku, bergerak ke Kg. Pangsun, Hulu Langat. Hati aku mula berdebar saat memasuki kawasan letak kereta di kaki Gunung Nuang. Mana tidaknya, dengan tiada stamina dan persediaan untuk mendaki gunung, hanya mampu bertawakal tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas aku ketika di atas sana nanti. Kelihatan, ada lagi satu kumpulan yang sedang bersiap sedia untuk mendaki. Berita buruk, aku uzur. Itu pun setelah aku sampai di sana, baru aku sedar. Cuba menyedapkan hati ia tidak akan 'mengganggu' aku. Debaran aku kian terasa saat doa dibaca untuk mula mendaki. "Allah, selamatkan kami semua". Pinta aku dalam diam. (Handphone, sudah aku matikan sebab tiada line seusai tiba di sana, jadi aku tidak tahu pukul berapa aku bergerak dari kawasan parking ke Kem Lolo)
Ada 5 checkpoints untuk sampai ke Kem Lolo. Kalau tak silap, dalam 6-7km juga perjalanan. Sampai saja di Kem Lolo, kami berhenti berehat. Sempat juga kawan aku buat air Nescafe di situ. Aku hanya menambah bekalan air aku dengan mengambil air di sungai. Segar. Di saat ini, fikiran aku seperti menerawang. "Betul ke aku buat ni?" Tak percaya sudah sampai di kaki gunung Nuang. Dari Kem Lolo, barulah misi mendaki Nuang bermula. Bergerak mungkin dalam pukul 5 pagi. Oh ya! Aku terlupa. Group aku ada 6 orang termasuk aku. Tambah seorang lagi sebab dia datang kemudian. 2 perempuan dan 4 lelaki. Tapi, sayang. Kawan perempuan aku tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak sebab senggugut. Aku bernasib baik sebab tak mengalami senggugut. Kalau tak, mungkin aku terpaksa membatalkan niat menawan Nuang. Jadi, tinggallah aku, bersama 4 jejaka hebat dalam aktiviti menawan Nuang. Ijal, speeder dalam group aku. Dah mengetuai kawan-kawan yang boleh berjalan laju. Apit dan Adam, mereka ingin tinggal lebih lama lagi di Kem Lolo. Tinggallah aku dan Haizer, sweeper aku. Sweeper tu apa? Sweeper ni tugas dia untuk tolong orang yang terakhir dalam group untuk meneruskan perjalanan. Aku jalan lambat sikit (sebenarnya lambat banyak). Jadi, dia mewakilkan diri untuk jalan sekali dengan aku.
Gelap. Hutan kan. Biasalah. Cuma berbekalkan headlamp saja untuk menempuh liku-liku jalan di hutan. Tapi headlamp aku macam nak tak nak hidup saja. Nasib sempat berkhidmat sehingga ke Kem Pacat. Headlamp Haizer, mampu menyuluh dengan lebih terang. Buat aku pasrah dalam redha. Group yang di depan, sudah hilang dari pandangan. Group di yang tadinya di belakang kami, sudah terpisah jauh. Cuma aku dan Haizer. Berborak memecah kesunyian. Tiba-tiba, kedengaran bunyi dengusan nafas yang kuat. Seperti babi hutan. Tapi, bunyinya dari atas. Dua tiga kali juga bunyi itu membuat kami terdiam seribu bahasa. Lagi-lagi aku. Perasaan takut sudah menyelubungi diri. Aku mula bergerak ke arah Haizer. Takut. Haizer sudah siap dengan pisau ditangan. Takut ada benda yang menerpa ke arah kami secara tiba-tiba. Tapi, keadaan mula senyap. Untuk beberapa ketika, Haizer menyuruh aku untuk mulakan langkah. Aku pun melangkah dengan hati yang gusar. "Tolong aku Ya Allah!" Jerit hatiku.
Hari kian terang. Alhamdulillah. Walaupun banyak kali berhenti, sampai juga aku ke Kem Pacat. Orang kata, dulu kem ni, memang banyak pacat. Tapi tidak sekarang. Sampai di Kem Pacat, kelihatan group yang bergerak dengan kami sekali dari Kem Lolo (tapi lebih laju dari aku) sudah tersadai kepenatan. Ya. Semua lelaki. Aku seorang saja perempuan. Ah! Pedulikan. Sebab dah penat sangat, tak mampu nak fikir benda lain. Oh ya! Tapak kasut aku di bahagian belakang, dah mula 'bercakap'. Hahaha! Aduh! Apa nak buat ni? Ah! Lantaklah.
Setelah berehat di Kem Pacat, aku dan Haizer memulakan pendakian ke Puncak Kasih/Pengasih pula. Waktu ini, mental aku sudah tahap nyawa-nyawa ikan. Sebab, trek menuju ke sana mula mencanak tinggi. Aku akui, aku sudah kepenatan. Tapi penat yang luar biasa. Waktu aku mendaki Gunung Bujang Melaka, tidak sepenat ini. Air muka aku sudah berubah. Dari mampu tersenyum dan ketawa, mula masam mencuka dek kepenatan yang teramat sangat. Tapi, apabila disuluh dengan lensa kamera, boleh pula tersenyum girang.
Tapak kasut aku semakin giat 'bercakap'. Adam, dengan skill survivingnya, mula mengikat kasut aku dari tercabut atau ternganga dengan lebih besar dengan bandage. Cukuplah untuk bertahan hingga turun ke bawah semula. Harapannya, begitulah.
Setelah melepaskan penat yang melampau walau sekejap cuma, aku kembali mengumpul saki baki tenaga, untuk ke puncak Nuang. Ya. Destinasi terakhir. Ketika mendaki ke puncak, hati aku sudah berbelah bahagi untuk meneruskan perjalanan. Seperti mahu berguling-guling ke Kem Lolo semula. Penat. Kerap aku menuturkan perkataan itu setiap kali ditanya, "Okay tak?". Aku okay. Tapi penat. Itu saja. Mental aku kembali rapuh. Dengan trek yang meminta aku untuk 'merangkak', bukan berjalan. Terpaksa berpaut pada dahan yang ada. Batu yang ada. Demi mengelakkan dari tergelincir atau terjatuh. Memang mencabar fizikal dan mental aku.
Dengan sokongan kawan-kawan di depan dan belakang, Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak Nuang. Yey! Sampai saja di puncak, aku terus duduk bersila. Meneguk air. Eh! Silap. Menyedut air. Hehehe.
Dah penat, bagilah makan apa pun, memang sedap. Ijal, dengan alatan memasaknya, Maggie direbus. Fuh. Memang mengundang. Bila menaip ni, rasa terliur pula. Gulp!
Sebelum turun, tak sah kalau tak ambil gambar di pohon ini sebagai bukti. Tolonglah abaikan tudung tu. Buruk betul rupanya.
Sebenarnya, kat puncak Nuang ni, tupai selalu berkeliaran kat situ. Terutamanya kat pokok yang kitorang tangkap gambar kat atas ni. Kalau ada bawa roti lebih, boleh bagi kat tupai-tupai ni. Aku? Oleh kerana penat sangat, aku hanya mampu duduk melayan penat. Tak larat dah nak angkat punggung. Cuaca di puncak kian dingin. Dari panas berpeluh, mula terasa sejuk. Macam ada air-conditioner. Kabus menebal di Puncak Nuang. Jadi, pemandangan di bawah tidak kelihatan jelas.
Bermulalah episod untuk turun dari Puncak Nuang ke Puncak Kasih/Pengasih, Kem Pacat, Kem Lolo dan seterusnya ke kawasan parking.
Tersenyum 'bahagia'
Tapak kasut aku semakin giat 'bercakap'. Adam, dengan skill survivingnya, mula mengikat kasut aku dari tercabut atau ternganga dengan lebih besar dengan bandage. Cukuplah untuk bertahan hingga turun ke bawah semula. Harapannya, begitulah.
Kasut aku (belah kanan) sebelum injured sepenuhnya
Dengan sokongan kawan-kawan di depan dan belakang, Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak Nuang. Yey! Sampai saja di puncak, aku terus duduk bersila. Meneguk air. Eh! Silap. Menyedut air. Hehehe.
Dah penat, bagilah makan apa pun, memang sedap. Ijal, dengan alatan memasaknya, Maggie direbus. Fuh. Memang mengundang. Bila menaip ni, rasa terliur pula. Gulp!
Hey, guys!
Sebelum turun, tak sah kalau tak ambil gambar di pohon ini sebagai bukti. Tolonglah abaikan tudung tu. Buruk betul rupanya.
Bersama Haizer
Speeder, Ijal
Kabus di Puncak Nuang
Bermulalah episod untuk turun dari Puncak Nuang ke Puncak Kasih/Pengasih, Kem Pacat, Kem Lolo dan seterusnya ke kawasan parking.
Setibanya di Kem Lolo dalam pukul 2 atau 3 petang kalau tak silap, berehat agak lama. Sempat merendamkan kaki yang sakit di dalam sungai yang mengalir jernih. Kawan-kawan yang lain sempat memancing ikan di sungai. Aku mengambil kesempatan berborak dengan pendaki-pendaki dari kumpulan lain. Maaf. Tiada gambar. Gambar-gambar di atas pun sebenarnya ehsan Adam.
Bergerak ke parking dalam pukul 4 lebih rasanya. Saat ini, kuku ibu jari kiri mula terasa perit. Sebab perjalanan dari Puncak Nuang menurun. Jadi, kuku ibu jari kiri tu menahan beban badan dengan lebih banyak. Tak pasti kenapa kuku ibu jari kanan tak sesakit itu. (Sekarang dah ada darah beku). Sampai saja di parkir, mandi adalah tujuan utama aku. Ya. Di situ ada kemudahan seperti tandas dan bilik mandi telah disediakan untuk memudahkan para hikers atau campers membersihkan diri sebelum bergerak pulang.
Ada dua ekor anjing yang sering diperkatakan oleh para pengunjung Gunung Nuang, Kiki Girl dan Kiki Boy. Memang tidak dinafikan, mereka tidak mengacau atau menakutkan orang-orang sekeliling, cuma mengawasi saja. Anjing-anjing ini merupakan anjing kepada renjer di situ, Along. Tapi aku, biasalah. Penakut sikit. Kalau nampak kelibat anjing-anjing ni, aku dah mula menjarakkan diri.
Menyesal naik Gunung Nuang? Pastilah tidak. Di saat aku menaip ini, terasa rindu pula pada Nuang. Bak kata salah seorang kawan dalam group aku, "Nuang di hati'". Kata Adam, kalau newbie dah boleh panjat Nuang, itu satu pencapaian yang bagus sebenarnya. Sebab tidak dinafikan, trek Nuang dari Pangsun, lebih sukar berbanding trek Nuang dari Janda Baik. Trek Janda Baik dikatakan lebih pendek dari trek Pangsun.
Apa jadi dengan kasut aku? Dah selamat masuk dalam tong sampah. Huhuhu! Tapak sebelah kanan dah tercabut secara total. Mula-mula memang nak bawa balik, cuci dan jahit semula tapak kasut. Tapi, bila tengok rupa kasut tu, memang hati tak sanggup nak tengok dah. Maafkan aku wahai kasut. Pengajaran untuk aku kelak. Kena pakai kasut yang bersesuaian untuk aktiviti lasak seperti ini. Dan, jangan lupa sarung tangan yang kawan-kawan. Kita tak tahu kita terpegang apa dan masa mendaki, memang sarung tangan sangat diperlukan sebab kita akan memegang batang pokok dan batu-bata untuk sokongan.
Banyak sangat dah ni aku mengarang. Kalah jawapan kertas peperiksaan aku. Uhuk! Akhir kata, InsyaAllah, akan aku tawan Nuang, semula. Biar lambat, jangan give up!
Wassalam.
----------------------------------------------------------
YF : Nama timangan dari group hiking, minyak YuYi cap limau.
Comments
@shiqeen sattar: hahahahaha. jangan give up kak shiqeen!!
Neway, congrat sebab Berjaya naik Nuang.