PRODUKSI TORA AMAN BERKUBUR SUDAH
Sedih sebenarnya nak up entri ni tapi atas permintaan adik aku yang merupakan peminat tegar Doraemon dan Detektif Conan, aku up kan jugalah ya. Huuuu
Siapa peminat komik Jepun macam Doraemon, pasti tahu apa itu Tora Aman. Tora Aman merupakan produksi yang mengadaptasi komik2 berbahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu. Antara komik tersebut adalah Doraemon, Detektif Conan, Slam Dunk dan lain2. Tanpa mereka, tiadalah Doraemon dalam bahasa kita.
Doraemon ni kalau diletakkan dalam waktu sekarang, umpama Boboiboy dan juga Upin Ipin. Macam mana famousnya kartun ni, macam tu jugalah Doraemon. Ahaaa.
And yes! Seperti adik aku, aku juga membesar dengan telatah Doraemon dan rakan-rakan. Aku juga terkesan dengan penyiasatan oleh Detektif Conan. Dari komik yang berbentuk buku, hinggalah ke medium berbentuk video seperti CD atau kaset (tape). Zaman aku dulu sempatlah merasa tape yang kena putar2 tu kan lepas dah habis tengok. Tapi mostly Doraemon lah yang selalu dibeli. Tengoklah berapa banyak kali pun, pasti tak bosan. Lagi2 kalau tengok dengan adik-adik. Hahaha.
Sebenarnya aku dah mula mengumpul koleksi ni dari aku kecik lagi. Lepas tu adik aku sambung legasi aku. Kononnya. Tapi oleh kerana tak berapa pandai nak jaga dan ada juga komik yang dah basah sebab banjir kat rumah (ni aku ingat2 lupa), most of the comics tak dapat diselamatkan. Hukhukhuk.
Berbalik kepada Tora Aman, setelah seminggu melakukan clearance sale bermula 8 April 2017 hingga Sabtu lepas, 15 April 2017, Tora Aman yang terletak di Puchong telah melakukan lelongan yang terakhir untuk komik-komik yang ada. Satu komik bernilai RM2.00 sahaja! Gila tak beli kan? Tapi Tora Aman pun tak sangka sambutan yang diberikan sangatlah diluar jangkaan. Sehingga Tora Aman telah mengemaskini status Facebook beberapa minit yang lepas untuk clearance sale ni.
Bawah ni antara komik yang sempat dirembat masa lelongan tu. Untuk Doraemon, siri ni dah pun tamat sebenarnya. Adik aku cakap nak buat koleksi. Sebab baca dalam online dengan pegang komik tu sendiri lain perasaannya. Yeah. Kena akui bab tu. Sobsobsob.
Gambar dibawah ni pula peminat sedang tercari2 lagi jilid yang masih belum ditemui dan ada juga yang sedang beratur untuk membayar. Belum lagi dikira yang baru saja sampai dan juga masih dalam perjalanan ke mari. Jangan tak percaya, rata2 yang datang ni baya2 aku tau. Siap bawa anak2 lagi. Sampai ada anak2 yang bertanya kat parents diorang;
Anak : Ni apa ni?
Ayah : Nilah Doraemon! Cepat pergi cari sana.
Conversation ni adik aku yang dengar. Hahaha. Kalau aku dengar dengan telinga aku sendiri ni pun, meleret jugalah rasanya senyuman yang tak berapa nak manis ni kan :p
Bila tengok keadaan di produksi ni, rasa sedih sebab tempatnya yang agak kecil. Tiada air-cond, cuma ada kipas dan terlihat satu sudut, ada mesin lama yang sudah pun berhabuk. Ada satu uncle tu tak lelah melayan kerenah pelanggan yang asyik bertanya,
Uncle, nombor 4 ada?
Uncle, nombor 82 ada?
Uncle, nombor ni ada lagi tak?
Gigih uncle tu menjawab yang aku rasa soalan yang sama dari pelanggan yang berbeza. Dengan tangan yang sudah diulit usia, terketar2 menyusun buku2 yang bersepah. Hmm. Aku tak dapat bayangkan macam mana diorang struggle untuk bertahan dengan perubahan teknologi yang mendadak. Tapi akhirnya, Tora Aman tewas juga dengan kepesatan teknologi. T.T
Pada yang tak sempat nak beli koleksi ni masa lelongan tersebut, bolehlah cari semula di kedai buku berhampiran. Biasanya Popular dan MPH lah tapi harganya bukan RM2.00 tau! Harga asal iaitu RM4.90 atau pun RM5.90. Bergantung ada sale ke tak. Huhuhu. Tapi itu pun dah tak banyak yang ada sebenarnya terutamanya Doraemon. Kalau ada pun, versi Jepun. Waaaaa! T.T
Tora Aman, terima kasih untuk pengalaman yang aku akan ingat sampai bila2. Terima kasih sekali lagi.
------------------------------------
YF : AN.. AN.. AN..Tottemo daisuki..DORAEMON.
Comments