Bergerak Selesa dengan NIVEA Protect & Care Deodorant!
Assalamualaikum semua!
Kali ni, aku nak cerita pasal penjagaan armpit atau bahasa Melayunya ketiaq. Hahaha! Alaaa. Ini untuk kebersihan bersama juga, so share share lah kannn. Lagi2 bab bau-bauan ni. Haih. Sensitip tau. 😭
Jadi, apa specialnya NIVEA Protect & Care Deodorant ni? Jom tambah sikit ilmu di dada tu!
Kesan Mencabut & Mencukur Bulu Ketiak!
Aku baru tahu kalau cabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan yang sensitip tu! Kalau cukur plak, tekanan bilah pada kulit yang tidak rata akan mengakibatkan luka-luka kecil. Mana taknya, kulit ketiak kan nipis. Silap cukur, mahu berdarah dibuat. Wuuuuu! Hahhh! Jangan tak tahu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit! OMG! Banyak juga tu. 😓
-----------------------------------------------------------------
“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.
-----------------------------------------------------------------
Tapi dengan adanya deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut boleh mengatasai kerengsaan kulit bawah lengan kita tau. Deodoran Protect & Care NIVEA memberikan perlindungan pada kulit ketiak yang berpanjangan sehingga 48 jam lamanya! Selain itu, formula yang ada dalam produk ni lembut juga menyuburkan dan secara tak langsung buat ketiak jadi lembut dan licin.
Best ke Pakai Protect & Care NIVEA Ni?
Okay! Jujur dari hati, memang tak menyesal guna. Walaupun kerja dalam aircond, peluh kat ketiaq tu still ada hokeyhhh lagi2 kalau nervous kena soal dengan bos. Hahahah!
Bila berpeluh tu, tak rasa melekit ke apa tau. Yang bestnya, balik kerja pun bau dia still ada lagi. Jangan bayangkan aku cium ketiak sendiri. Adessss. Walau pun pakai seharian suntuk, bau mashemmm ketiak tak mengatasi bau produk ni! Betul. Sebab baru-baru ni aku pi bersukan. Peluh jangan cakap lah kan. Tapi bau ketiak tak ada! Kiranya, ketiak masih lagi segar seperti di pagi hari. Gituuuu! 😝
Meh belanja sikit macam mana rupa sebenar produk ni. Kang kata aku menipu plak. Kah!
So gais, please ek! Take care of your own body and smell. Jangan sampai orang teguq bau badan korang sebenarnya mengganggu ketentaraman sejagat. Aku tak tanggung dah part tu. 😭
And yeah, jumpa lagi next post! 💘
Comments