Night of Fright, Sunway Lagoon Kembali Lagi!

Sabtu lepas, aku baru je selesai 'menikmati' Night of Fright kali ke-5 anjuran Sunway Lagoon! Jangan nak menikmati sangatlah YF. Hang tu dahlah penakut ya amat! 😝

Dalam 7.30pm macam tu, orang ramai dah mula berkerumun di pintu masuk Sunway Lagoon. Ramai peminat NOF ni rupanya tau. Tahniah Sunway Lagoon! Berjaya menarik perhatian peminat hantu untuk merasai sendiri pengalaman yang menakutkan di NOF5!


Berapa Harga Tiket Sebenarnya Ni?

Sabaqqq! Nak bagitahulah ni. Haih. Tak menyempatkan korang ni. Hah! Youalls boleh tengok2 harga kat bawah ni dan purchase mana yang sesuai ya?

Nak tahu satu rahsia tak? Kalau nak masuk semua tempat dengan laju dan pantasnya, korang boleh beli tiket yang EXPRESS LANE PASSES tu. Haaa. Tak payah beratur lama, pemegang tiket EXPRESS LANE PASSES akan diberikan keutamaan dulu. Exclusive gitu!


Pembelian tiket boleh dilakukan melalui website Sunway Lagoon dan tiket ditebus di kaunter Sunway Lagoon. 


Tiket hanya valid untuk sehari saja. Jangan pergi kali kedua dengan tiket yang sama plak. Mahu kena halau nanti.😂

Rumah Hantu Mana Yang Paling Scary?

Nak tahu, kena masuk semua sendiri hokeyh? Barulah ada feel! 😏

Kat bawah ni, ada senarai rumah hantu yang patut dimasukki. Dah sampai sana, bolehlah refer nama2 yanga ada dalam list ni.





Selain daripada rumah hantu, Scare Zones, Show Stages dan juga Thrill Rides turut menaikkan suasana seram untuk NOF5 kali ini. Kalau sempat, rasalah semuanya sekali. Thrill dan takut dalam pada yang sama. Memang kena dengan tema NOF5 kali ini iaitu FEEL THE FEAR!


Sekitar di NOF5!






Macam redha je nak kena parang tu Kak Min? 😆


Nak menari dengan hantu ke tu? 😭

Goodbye NOF!

Amacam youalls? Berani ke tu nak masuk NOF5 ni? Kalau berani, sahutlah cabaran aku ni! Ahah! Event ni akan berlangsung sampai 31 Oktober ni je tau. Hari yang available hanyalah Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi, sempat lagi ni nak merasai kesereman yang ada di NOF5! Jangan lambat2 book tiket tu. Nanti tiket sold out, kena tunggu tahun depanlah jawabnya. 

Jangan lupa, singgah website Sunway Lagoon untuk tempahan tiket dan juga maklumat lanjut. Roger and out!    

-----------------------------------------------------
YF: Nasib tak termimpi2!


Comments

fizafantagiro said…
Nampak best tapi tak mungkin kakfiza akan masuk tempat ni.hahahah Kakfiza ni super duper penakutt. Tgk gambar ni pun dah meremang
Yulia Fajrin said…
@fizafantagirO:I feel you kak! hahaah! tapi redah jeeee XD
bhahahah memang idok le akak nak masuk. pengsan kat situ jugak.. tabik spring berani hehee..
Yulia Fajrin said…
@Siti Yang Menaip : hahahahah! akak pun boleh punya masuk. cabar diri! kihkihkih! :D

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?