Restoran Ni Banjirlah!
Mesti dah membayangkan kebanjiran cheese dia kan? Ahahaa! Aku pun masih teringat-ingat lagi makanan yang dijamah kat Restoran Cheese Banjir semalam. Lagi-lagi kalau dijamah beramai-ramai dengan kawan-kawan atau pun family. Rasa macam bahagia je. 💖
Restoran Cheese Banjir ni terletak di Desa Pandan yang berada di dalam bangunan G-Village, yang berkonsepkan kedai-kedai di bahagian bawah dan bahagian atas adalah apartment. Tempat dia pun tenang saja. Nak parking pun senang.
Restoran Cheese Banjir
Senyum lebar!
Suasana Santai Menjadi Tarikan
Ye ke santai? Biarlah gambar berbicara. Kehkehkeh! Betullah tu santai. Adess! Sesuailah untuk bawa family ke kan. Tak adalah serabut sangat kepala hotak tu kalau nak borak ke apa. 😭
Dengan para staff yang mesra dan juga owner restoran yang prihatin. Patut diberi pujian. Thumbs up!
Pelanggan sedang enak menjamu selera
Saiz kedai yang agak luas dan selesa
Boleh juga makan di luar bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa
Resipi Istimewa Menggamit RasaPada yang mencari makanan Western dan masakan Melayu di siang hari, Restoran Cheese Banjir adalah jawapannya! Boleh lunch dengan Western food tau! Best kan? Tak perlu menunggu malam menjelma, baru nak mencari Western. Kikiki! Apa hidangan yang menambat hati sangat tu? Haaa! Jom terjah! 😍
Menu yang dihidangkan
LAMB GRILL THE HULK
Rasa dia yang juicy dan lembut dan berlemak dan sedap dan so on lah! Kalau cheese agak-agak macam tak cukup banjir lagi, rasa nak melimpah2 lagi, boleh add on lagi cheese je. Inform je staff kat situ. Tapi ni tak boleh kongsi tau! Bagi amaran awal-awal. Kah! 😝
GORGON PRAWN BUTTER
Sesiapa yang rasa nak makan makanan selain Western food, boleh juga order menu ni. Fuh. Ambil seketul, terus ngap! Tak payah kopek-kopek bagai. Rangup betullah rasanya! Ermmm. Lagi sedap kalau di makan dengan nasi putih yang dihidangkan satu set. Fuh. Marvelous!
TENGGIRI AQUAMAN
Aquaman youalls! Bukan Aquaman movie tu tau! Hahahaha! Ni Aquaman yang boleh makan sampai menjilat bibir. Aku bukanlah penggemar asam pedas. Tapi hidangan ni aku boleh makan dengan jayanya! Yeyyy! Rasa dia yang pedas-pedas manja dan secukup rasa. Sesuai untuk orang yang tak berapa makan pedas macam aku. Memang tak pandang kiri kanan dah. Masa untuk membedal je. Hahaha!
Dihidangkan sekali dengan nasi putih
MEATBALL NAGA BERAPI
Apa Menu Istimewa & Promosi Di Bulan November?
MEATBALL NAGA BERAPI
Untuk tarikan bulan November, Meatball Naga Berapi wajib rasa jika singgah ke restoran ni. Sekali tengok, boleh sendawa terus. Hahaha! Untuk pengetahuan korang, hidangan ini saja boleh memuatkan 8-10 perut! Haaaa! Tapi En. Mamu, merupakan owner restoran ni, mengatakan ada 2 customers yang mampu makan hidangan ni sekali harung. Ya ampunnnn! Perut ke apa tu? Hahahahaha! Aku makan pun tak mampu nak tambah dua kali tau. Dengan meatball dia yang mampat berisikan spaghetti di dalam, dan cheese yang banjir di luar, memang ngam! Ya betul. Hidangan ni tersangatlah sesuai untuk dijamah dengan keluarga mahupun sahabat handai. Yang selera besar pun sama. Makanlah sorang2 kalau habis. Hahahahaha! Kalau tak habis, don't worry! Boleh tapau bawa balik rumah ya?
Selain itu, sesiapa yang birthday dia di bulan November, bolehlah claim hadiah tau! Hadiah apa? Makan free! Untunglah siapa birthday bulan November tu. Ihiks! Akulah tu. Kahkahkah! Nanti masa birthday, nak gi celebrate sinilah. Kuikuikui!
Mengikut En. Mamu, keistimewaan restoran ni adalah setiap bulan akan ada promosi dan menu yang berlainan. Powerlah. Apa plak promosi dan menu dia untuk bulan Disember ya?Rajin-rajinlah jenguk Facebook & juga Instagram restoran ni tau. Tau!
Huish! Bila tah nak makannya. Asyik hulur gambooo je kan. Hahaha! Meh meh jemput makan ya?
Ehem!
Dah bersiap sedia nak meratah ni!
With En. Mamu & Partner, of course lah dengan geng KBBA!
Lapar plak tetibe cerita pasal makanan ni. Haih! Okaylah! Sesiapa yang nak reserve meja ke, untuk bawa family dan sebagainya, boleh cek Facebook, Instagram, alamat dan contact number kat bawah:
Alamat : Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 W.P Kuala Lumpur
Waze : Cheese Banjir
Nombor Telefon : 017-252 0031
Waktu Operasi : 10.30 pagi – 10.30 malam (Setiap Hari)
-------------------------------------------
YF : Jalan-jalan cari makan versi YF!
Comments
Terbaik!
@firzz duka :tak puaskan??
@IQ : terliuq teringat kambing grill dia T.T
@Eyqa Hasnan : Tahu takpe.
@Lisa Nurulain : kannn. tertipu je. ihiks!
@Tati Mansur :jom repeat!
@Nina Mirza : Daebak!
@azura : takut terlebih kenyang nak cuba semua. hahaha!
@Noriza Abdul Rahman : setuju!