Posts

Showing posts from 2018

Peek-a-Box Surprise Yang Berbaloi!

Image
Sebelum memulakan bicara, YF ingin menyatakan terima kasih kepada  Ben Ashaari , founder  Kelab Blogger Ben Ashaari  dan  MATIC  untuk kerjasama mengadakan bengkel Personaliti yang turut menjemput Puan Azie Sam pada tahun 2018 ni. Untuk  Part 1 , korang bolehla tengok kat SINI ya. 😎 Sebelum bengkel Part 2 dimulakan, semua peserta menjamah lunch dari Nurul Catering . Sedap woooo!  Lepas tu, solat lah kita di surau yang disediakan oleh MATIC . Agak besar dan selasa. YF suka! Credit to Kak Ayue Jean Bengkel Kecantikan bersama Peekabox Beauty Box Bengkel kali ini lebih kepada produk kecantikan dan make up . So, more to woman lah. Yang lelaki tu, boleh je tengok untuk general knowledge . Kot-kot nak share dengan makwe ke, isteri ke, mak ke, adik perempuan ke. Tak kisah ya. 😛 Bengkel untuk sesi petang diterajui oleh Puan Shuhada Alauddin . Orangnya pun cantik belaka. Sama macam Puan Azie masa sesi pagi. 😍...

Bengkel Personali & Kecantikan: Ilmu Berharga

Image
Eh! Kenapa nak cantik-cantik ni? Nak handsome-handsome ni? Nak menggoda orang lah tu. Nak perasan cantik lah tu. Hello! Dah 2018 kot. Tolonglah buang hasad dengki itu ya! Ahahaha! Marah ni marah! YF bukan apa, dah fitrah manusia, nak berhias, nak bercantik berwangi segalalah. Tapi patut kena dengan tempat dan majlisnya. Hah gitu! Pada YF, berhias dan berwangi seadanya ni, mampu menaikkan semangat diri, keyakinan diri. Barulah rasa yakin nak berhadapan dengan orang. Tak adalah orang pandang kita atas bawah ke, tutup hidung ke....Haaaa. Krik krik krik! 😯 Okaylah! YF ada pergi satu bengkel ni. Lokasinya kat MATIC, Kuala Lumpur   nuh. Fuh. Cantik gak tempatnya. First time pergi. Yang penting, kita kena breakfast dulukan. Yang ni terbaik. Ada sandwich dari MrsZa Kitchen dan juga mee goreng dari Kak  Ummi Nani   kita. Semua sedap! Perut pun dah kenyang, bolehlah mulakan majlis. Ye tak? 😝 Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Penga...

ZY PRINT PACK Pilihan Printing Anda

Image
Kat Malaysia ni kan, ramai peniaga memberikan khidmat percetakkan atau printing yang terbaik untuk pelanggan mereka. ZY Print Pack Sdn Bhd adalah salah satu syarikat percetakkan yang tidak ketinggalan dalam memenuhi citarasa pelanggan mereka. Jadi kali ni YF nak cerita serba sedikit tentang printing service yang disediakan oleh syarikat ini. Syarikat ni beroperasi di Bandar Puncak Alam, Selangor tau. Sebelum YF bercerita lebih lanjut tentang printing service ni, meh YF nak share sikit pasal sejarah ZY Print Pack ni. Hahah! Tak pasal-pasal belajar sejarah ya? Okaylah! ZY Print Pack ni adalah salah satu anak syarikat ZY Phyto Group of Companies . Adalah lagi besar rupanya ya. Fuh! Yang YF faham pasal sejarah ZY Print Pack ni, ianya bermula dengan jabatan percetakkan yang dinaungi oleh syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd yang kininya lebih dikenali sebagai ZY Manufacturing. Maknanya, ZY Print Pack mampu 'bergerak' sendiri pada November 2016 dengan...

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Image
YF jarang sekali pakai minyak wangi ya youallls. Selalu pakai deodorant NIVEA tu je. Tapi kelmarin tersinggah Guardian. Alahai. Lemah iman dan wallet . 🤣 Jalan punya jalan dalam Guardian, ternampaklah minyak wangi Syahirah ni. Kebetulan ada sale . RM18 je tau. Harga adal tak pasti plak. May be dalam RM20 macam tu. Dah lama tak pakai perfume , ambil lah satu yang warna keunguan ni dengan redhanya sebab tak tahu lah wangian dia tu tahan lama ke tak. Warna ungu ni namanya Magnifique ya anak-anak semua. Bau sweet-sweet gitu. Lembut je. Bertambah plak dengan hasutan adik perempuan. Zassss rembat satu katanya tapi hakak dia yang bayorrr. 😭 Lepas tu, YF pakailah pergi kerja. So aktiviti tak berpeluh sangat. Duduk dalam aircond je. Dari pagi sampai petang nak maghrib tu, bau dia still ada lagi. Wehuuu. YF suka gila kot! Hahahaha! Bukan apa. Kita pun tak naklah bau diri sendiri masam macam bau budak sekolah balik rumah kan. Hahahaha. Tapi bau dia memang maintain . Walaupun tak sepekat awa...

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka

Image
YF berkesempatan menyinggah di Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di Alor Gajah, Melaka Sabtu lepas. Fuh. First time YF pergi tempat macam ni. Teruja habis! Ye lah. Asyik dengar dari kawan je kan. YF pun teringin juga nak pergi tengok apa yang ada kat FAO ni. Setiba di sana sekitar jam 9.30 pagi macam tu. Tapi tempat ni pun masih belum buka lagi. Mana taknya, perjalanan hanya memakan masa dalam satu jam setengah gitu dari KL. Kira dekat jugalah kan. Tapi ada juga orang yang sampai awal dari YF dan kawan-kawan blogger yang lain tau. Haaa. Jangan memain. Semangat! Parking yang luas antara kemudahan yang sangat penting kalau nak pergi tempat shopping kan. Ia juga disediakan untuk para pengunjung FAO ni. Free je tau. Kalau  parking jauh, jangan risau, ada tempat jalan kaki yang disediakan siap berbumbung lagi. So tak adalah panas lit lit orang kata kan. Hahaha! Kalau datang lambat, gigihlah youallls nak cari parking sambil berharap ada orang balik cepat! Kiki...