Mencari si Yoga Mat!
Kerana Yoga mat ni, jenuh aku mencarinya dari satu kedai ke satu kedai. Mana taknya, esok nak guna weih! Tsktsktsk!
Esok bermulanya program Healthy Living kat syarikat aku bekerja. So, untuk menyokong program tu, aku join ler.
Setelah mengepost kat Instagram Story seperti gambar di bawah, ramailah yang Direct Message (DM) kat beli kat Decathlon lah, Kaison lah, Guardian lah, Watsons lah, Mr. DIY lah. Jadi, aku pergilah yang paling berhampiran dan murah, ini of courselah kannn.
Cari kat Guardian dan Watson, harga dalam RM35 macam tu. Tapi nipis jek. 4mm ke 6mm dia punya ketebalan. Kat Giant pun sama. Harga lebih kurang RM60. Uhuk! Nak pergi Decathlon, macam dah terlambat je sebab jauh juga dari rumah aku. Beli online, apatah lagikan. Dan akhirnya, aku beli mat ni kat Mr. DIY. Wihhuuu. Dengan harga RM29.90, aku belilah benda alah ni. Sobsobsob! Pssstt. Terpengaruh dengan gambar Google, aku ambil warna purple juga. Kehkehkeh!
Oleh kerana description dia macam dalam gambar kat atas ni je, so tak ada bagitahu ukuran dia. Ketebalan dia 10mm okay. Siap ukur tadi dengan pembaris kat Mr. DIY. Kahkahkah! Tapi panjang tak tahu berapa, mungkin lebih kurang 1 meter gitu. Kat rumah 'kemiskinan' pembaris dan pita ukur, pukullah saya yang hina ini! T.T
So empuk lah juga kalau nak bersilat ke apa atas ni. Nescaya tiada kecederaan yang berlaku. Hahahaha! YF over. Tapi betul tau! Selesa duduk atas mat ni. Cons dia, tak ada sarung mat je. Cuma ada tali sarung. Macam ni. Not bad jugalah kan. Senang nak gulung dan ikat.
Cantiknya purpleee! Semangat nak bersenam dan stretchingkan badan. Doakan YF bersenam dengan selamat ya. Hahahaha!
—————————————————
YF : 1, 2, 3, okay take five!
Comments