Bayar RM3.50 Sahaja Dah Boleh Kenyang di Restoran Nelayan Ampang

Sekiranya korang ni penduduk area Gombak, mesti pernah dengar nama Restoran Nelayan ni. Tipu lah kalau tak pernah dengar kan. Alhamdulillah, 2 minggu lepas aku berkesempatan meraikan Majlis Perasmian Restoran Nelayan  cawangan Ampang.


Lunch Paling Murah!

Kenapa aku kata lunch kat restoran ni paling murah? Lagi-lagi kalau makan kat area KL ni. Haih. Susah kot nak cari harga ni lagi dengan zaman serba serbi mahal. Iyalah. Dengan harga RM3.50 saja, perut dah boleh menyanyi kekenyangan. Poket pun tak bocor. Kah!








Kalau rasa tak nak makan kat restoran ni, boleh tapau makan kat opis. Hah. Senang hidup kan. 

Seafood Lambak Versi Restoran Nelayan

Selain daripada lunch yang murah, seafood lambak (atau nama lain yang popular shell out) juga salah satu tarikan istimewa daripada restoran ini. Dengan harga RM28.00, boleh dah makan seafood lambak dengan berselera!





 



Harga Seafood Lambak

2 pax = RM 39.90 
4 pax = RM 75.90
8 pax = RM 150.00


Steamboat Serendah RM28

 

  




  




Hah! Bermacam-macam pilihan yang boleh dibuat kalau nak makan steamboat ni. Makanlah sampai lebam orang kata. Haha! Lepas tu, sempena pelancaran restoran cawangan baru ni, ada diskaun tau. Boleh tengok gambar bawah ni.






Harga Steamboat


Dewasa = RM28
Kanak-kanak (5-11 Tahun) = RM16

Makanan Lain Yang Turut Disediakan












Kemudahan Yang Memudahkan


Kat restoran ni, ada surau, ada parking area walaupun restoran ni tepi jalan. Kalau nak buat majlis ke, corporate meeting ke, majlis kahwin ke, boleh book the whole place. Gituuu. Kalau tak nak buat kat cawangan Ampang, boleh pergi cawangan Gombak

Lagi satu, tempat ni open air tau. Boleh tengok suasana Kuala Lumpur dari Restoran Nelayan. 






Untuk pemilik MyKad, boleh mendaftar sebagai MyKad Shopper dan menggunakan MyKad tersebut untuk mendapatkan diskaun yang lebih menarik! Harga dah murah, lepas tu dapat diskaun lagi. Huntung hakak!


Sekitar Majlis Perasmian


     
  


   






Lokasi Restoran Nelayan Ampang



Zaman teknologi canggih ni, install je apps Waze/Google Map/Map, insyaAllah jumpa punya tempat ni. Hahaha. Korang Waze kedai Sri Changgong Bikers. Di sebelah kiri kedai ni, akan nampak satu lagi kedai iaitu kedai White Horse. Restoran Nelayan betul-betul kat atas kedai tu. Kedai atas tu ada signboard Crew Planet Cafe.


Restoran Nelayan Ampang

33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor
Landmark : Crew Planet Cafe

Waktu Restoran Operasi

Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11am – 12 am



Facebook




Untuk Tempahan

Hubungi 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017
atau email ke nelayangombak@gmail.com 

------------------------------------------
YF : First time makan seafood lambak (shell out)

Comments

Nina Mirza said…
Kak nina dah rasa seafood lambak. Memang puashati! Paling suka kuah Green Curry. Mabelessss!
Elya Roza said…
wahh murahh sangat ni. wajib try lepas ni. Terliur dgn lauk2 tuuuu :)
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Yg shell out tu ada delivery ke tak ya?
Yulia Fajrin said…
Tak ada dear 😅

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?