Bayar RM3.50 Sahaja Dah Boleh Kenyang di Restoran Nelayan Ampang
Sekiranya korang ni penduduk area Gombak, mesti pernah dengar nama Restoran Nelayan ni. Tipu lah kalau tak pernah dengar kan. Alhamdulillah, 2 minggu lepas aku berkesempatan meraikan Majlis Perasmian Restoran Nelayan cawangan Ampang.
Lunch Paling Murah!
Kenapa aku kata lunch kat restoran ni paling murah? Lagi-lagi kalau makan kat area KL ni. Haih. Susah kot nak cari harga ni lagi dengan zaman serba serbi mahal. Iyalah. Dengan harga RM3.50 saja, perut dah boleh menyanyi kekenyangan. Poket pun tak bocor. Kah!
Kalau rasa tak nak makan kat restoran ni, boleh tapau makan kat opis. Hah. Senang hidup kan.
Seafood Lambak Versi Restoran Nelayan
Selain daripada lunch yang murah, seafood lambak (atau nama lain yang popular shell out) juga salah satu tarikan istimewa daripada restoran ini. Dengan harga RM28.00, boleh dah makan seafood lambak dengan berselera!
Harga Seafood Lambak
2 pax = RM 39.90
4 pax = RM 75.90
8 pax = RM 150.00
Steamboat Serendah RM28
Hah! Bermacam-macam pilihan yang boleh dibuat kalau nak makan steamboat ni. Makanlah sampai lebam orang kata. Haha! Lepas tu, sempena pelancaran restoran cawangan baru ni, ada diskaun tau. Boleh tengok gambar bawah ni.
Harga Steamboat
Dewasa = RM28
Kanak-kanak (5-11 Tahun) = RM16
Kemudahan Yang Memudahkan
Kat restoran ni, ada surau, ada parking area walaupun restoran ni tepi jalan. Kalau nak buat majlis ke, corporate meeting ke, majlis kahwin ke, boleh book the whole place. Gituuu. Kalau tak nak buat kat cawangan Ampang, boleh pergi cawangan Gombak.
Lagi satu, tempat ni open air tau. Boleh tengok suasana Kuala Lumpur dari Restoran Nelayan.
Lagi satu, tempat ni open air tau. Boleh tengok suasana Kuala Lumpur dari Restoran Nelayan.
Untuk pemilik MyKad, boleh mendaftar sebagai MyKad Shopper dan menggunakan MyKad tersebut untuk mendapatkan diskaun yang lebih menarik! Harga dah murah, lepas tu dapat diskaun lagi. Huntung hakak!
Sekitar Majlis Perasmian
Lokasi Restoran Nelayan Ampang
Zaman teknologi canggih ni, install je apps Waze/Google Map/Map, insyaAllah jumpa punya tempat ni. Hahaha. Korang Waze kedai Sri Changgong Bikers. Di sebelah kiri kedai ni, akan nampak satu lagi kedai iaitu kedai White Horse. Restoran Nelayan betul-betul kat atas kedai tu. Kedai atas tu ada signboard Crew Planet Cafe.
Restoran Nelayan Ampang
33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor
Landmark : Crew Planet Cafe
Waktu Restoran Operasi
Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11am – 12 am
Facebook
Untuk Tempahan
Hubungi 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017
atau email ke nelayangombak@gmail.com
------------------------------------------
YF : First time makan seafood lambak (shell out)
Comments