Carbon Laser Untuk Merawat Kulit
Pada yang mengenali YF, maklum YF ada masalah kulit sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Almaklumlah, dulu-dulu tak tahu sangat jaga kulit bagai ni. Sekarang, dah merasa betapa pentingnya jaga kulit untuk kekal remaja dan sihat. Gitu!
Oleh itu, YF telah mencuba rawatan Carbon Laser di Premier Clinic sebuah klinik astetik cawangan Puchong. Masuk-masuk klinik saja, disambut mesra oleh kakitangan klinik. Kawasan klinik pula kemas dan selesa tau. Rasa nervous tu hilang sikitlah kan. Sikit je tapi! 😂
Kawasan menunggu sekiranya customer ramai
Hallway klinik
Bilik menunggu sebelum consultation bersama doktor
Carbon Laser Treatment
Sebelum membuat rawatan, doktor yang bertugas di klinik akan memberikan konsultasi berkenaan masalah kulit muka. Hah! Time nilah boleh mengadu segala jenis kerungsingan dalam minda kita selama ni. Macam YF, YF ada masalah jerawat yang masih dikira sebagai aktif juga, parut jerawat yang degil gila, kusam dan ada juga kedutan-kedutan manja di sekeliling mata. Wuaaaaa! Menangis dengar. Sobsobsob! Then, doktor akan bagi suggestion kat kita jenis rawatan apa yang bersesuaian dengan kulit kita dan mengikut bajet kita sendiri.
Setelah jenis rawatan dipilih, YF dibawa ke bilik rawatan untuk bersiap sedia menerima rawatan. Segala barang peribadi akan diletakkan dalam bakul tu dan akan disimpan oleh staf klinik. Kalau nak pegang phone untuk record atau snap gambar, dibenarkan.
Sebelum rawatan dimulakan, gambar wajah kita akan diambil untuk tujuan sebelum dan selepas rawatan.
Nampak tak dot-dot putih tu, itu adalah setiap angle wajah kita akan diambil gambar
Untuk mendapatkan hasil yang efektif, kulit muka perlulah dibersihkan dahulu. Kot-kot pakai foundation ke, sunblock/sunscreen ke, kan?
Lepas dah cuci muka, carbon akan disapu kat muka. Macam kena arang dah muka. Hahahah!
Mata ditutup dengan kapas dan penutup mata untuk mengelakkan pancaran laser terkena mata
Menanti doktor untuk melakukan rawatan
Sebelum nak buat carbon laser ni, berdebar gak lah kan. Takut sakit ke apa. Tapi Dr. Michelle dah terangkan yang treatment ni tak sakit pun. Kena gigit semut sakit kan, tapi ni tak sakit lah macam kena gigit tu. Terasa sakit sikittttt je. Tak tahu nak describe macam mana lagi. Hahahah!
But worry not, masa buat rawatan laser karbon, at the same time kulit muka kita akan dihalakan dengan cooler so kulit muka kita takkan rasa burn sepanjang rawatan dijalankan.
Laser tu juga akan dihalakan ke setiap inci muka yang disapukan dengan karbon tadi. Kalau rasa bau terbakar sikit tu may be bulu roma kita terkena laser tadi, dia terbakar kat situ. Hahaha! Jangan risau, muka kita masih selamat menggunakan peralatan canggih ni.
Selepas membuat rawatan laser ni, staf klinik akan mengelap saki baki karbon yang tertinggal kat muka. Then, menyapu sunblock untuk kita meneruskan aktiviti harian kita. Yes! Lepas je buat rawatan ni, kita boleh dah buat apa saja aktiviti yang kita biasa lakukan setiap hari. Maknanya, rawatan ni tak ada downtime dia.
Apa downtime ni? Downtime ni macam kesan sampingan selepas rawatan. Macam bengkak-bengkak ke, merah-merah ke. For this treatment, no downtime! Bestkan?? Orang pun tak tahu kita baru lepas buat something kat muka kita. Hikhikhik!
Kesan dia boleh dilihat dalam sehari dua gitu. Kita akan rasa kulit kita lembut sangat. Tak ada dah nampak kusam je. Tapi untuk mendapatkan kesan yang optimum, perlu membuat rawatan ni dalam 6 kali rawatan macam tu. Ini untuk kulit YF ya. Kulit korang kena tanya doktor macam mana. Hahahah! Baru lah muka kita akan lebih cantik dan bebas jerawat!
Selepas membunuh segala jerawat, boleh dah beralih arah ke rawatan yang menghilangkan parut-parut jerawat yang degil ataupun acne scars treatment. 😎
Paling penting sekali, penjagaan kulit dengan penggunaann produk muka terutamanya moisturizer dan sunblock/sunscreen wajib pakai pada muka setiap hari ya kawan-kawan semua? Ini untuk menghalang cahaya UV daripada terus kena pada kulit kita. Secara tak langsung, melindungi wajah kita dari jeragat dan kulit warna tak sekata. Huuuu.
Untuk mendapatkan konsultasi, harganya RM 0.00. Hahahaha! Iyaaa! Free of charge youallss! Untuk rawatan pula, jangan lupa beritahu nama iuollls, Yulia Fajrin dan korang boleh dapatkan harga atau tawaran istimewa.
Untuk maklumat lain termasuk senarai harga dan lain-lain rawatan di Premier Clinic, bolehlah hubungi cawangan yang berdekatan dengan rumah korang ya?
TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre*
TTDI Branch Phone No.: +603-7732 5552
Clinic hours : Monday 10am – 3pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm
Closed: Sunday / Public Holiday
BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall*
Bangsar Branch Phone No.: +603-2282 2263
Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm
Closed: Sunday / Public Holiday
PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant*
Puchong Branch Phone No.: +603-8080 3828
Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm
Closed: Sunday / Public Holiday
KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)*
KL City Branch Phone No.: +6018-871 9939
Clinic hours : Monday to Sunday 10am – 7pm
Closed: Public Holiday
General Contact Details : +6012-6625552
Websites: www.premier-clinic.com
Email Address: contactus@premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/Premier-Aesthetic
Instagram: @premier_clinic
Google Plus: http://plus.google.com/+PremierclinicKL
Whatsapp: http://premierclinic.wasap.my
----------------------------------------------------
YF :
Bilik air pun cantik!
Comments