Bengkel Personali & Kecantikan: Ilmu Berharga
Eh! Kenapa nak cantik-cantik ni? Nak handsome-handsome ni? Nak menggoda orang lah tu. Nak perasan cantik lah tu. Hello! Dah 2018 kot. Tolonglah buang hasad dengki itu ya!
Ahahaha! Marah ni marah! YF bukan apa, dah fitrah manusia, nak berhias, nak bercantik berwangi segalalah. Tapi patut kena dengan tempat dan majlisnya. Hah gitu! Pada YF, berhias dan berwangi seadanya ni, mampu menaikkan semangat diri, keyakinan diri. Barulah rasa yakin nak berhadapan dengan orang. Tak adalah orang pandang kita atas bawah ke, tutup hidung ke....Haaaa. Krik krik krik! 😯
Okaylah! YF ada pergi satu bengkel ni. Lokasinya kat MATIC, Kuala Lumpur nuh. Fuh. Cantik gak tempatnya. First time pergi. Yang penting, kita kena breakfast dulukan. Yang ni terbaik. Ada sandwich dari MrsZa Kitchen dan juga mee goreng dari Kak Ummi Nani kita. Semua sedap! Perut pun dah kenyang, bolehlah mulakan majlis. Ye tak? 😝
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Pengarah MATIC, Encik Ali. Selamba saja ucapannya. Terima kasih ya untuk dewannya yang besar lagi sejuk ni. Lupa nak bawa sweater. Sejuk banget sih!
BENGKEL PERSONALITI BERSAMA PUAN AZIE SAM
Team KBBA bersama perunding imej Puan Azie
Ada 4 topik yang dibincangkan oleh Puan Azie , Wow First Impression, Create Your Own Personality Style, Colour Make Your Soul, Mix and Match Outfit! Jom tengok apa yang puan ni nak share sebenarnya.
Wow First Impression
Credit to Kak Qaseh
"Wow First Impression" menjadi pembuka bengkel untuk kali ini iaitu bersama perunding imej kita, Puan Azie. First impression ni adalah anggapan pertama kita pada seseorang. Betul ke manusia takkan judge kita? Hahaha! Agak mustahil rasanya kalau kita tak judge kan, betul? Pandang sekilas pun mesti judge juga tanpa sedar. Kan? Jangan tipu hokeyy.
Nak jaga imej, kita kena jaga ABC. Apa tu ABC? Air batu campur kaa? Asyik ingat makan je korang ni kan. Bukanlah. ABC tu adalah Appearance, Behaviour & Communication. Appearance tu lebih kepada pakaian kita, rambut kita, kasut kita. Behaviour, kita punya body language, cara berjalan dan sebagainya. Communication, cara percakapan, content yang dicakapkan tu, isi kosong ke atau berilmu. Haaa. So, nak tekankan di sini, imej bukan sekadar luaran yang hakak hadik semua. Imej ni luar dan dalam. Kita kena titik beratkan. Tau?
So, aktiviti untuk topik kali ini adalah semua peserta diberikan sehelai kertas dan double tape dan tampal di belakang kawan sebelah. Hah gitu. Lepas tu, pastikan kertas yang ada di belakang kita mengandungi 5 jenis 'perangai'. Hahahaha! Macam-macam gelagat semuanya.
Credit to Kak Shehan
Sesi perkongsian 'perangai'
Yeah. That's me 😭
Kesimpulannya, orang akan judge kita dengan sekali pandang. Hahahahah! Walau apa pun sikap or perangai kita, if ada yang buruk, kita perbaiki. Kalau baik, kita buat dia jadi makin elok lagi. Kan? 😍
Topik seterusnya, semua orang diberikan satu borang kaji selidik. Survey gitu. Dalam borang tu, ada beberapa situasi dan kita kena jawab benda pertama yang terlintas difikiran kita.
Ada 4 jenis personaliti :
- Natural (Banyak pilih A) - Tidak berfesyen sangat, minimal aksesori dan simple
- Romantic (Banyak pilih B) - Feminin, sukakan aksesori dan up to date dengan fesyen terkini
- Classic (Banyak pilh C) - Elegen, klasik dan pentingkan kualiti
- Dramatic (Banyak pilih D) - Kreatif dan berani memakai baju yang lain dari yang lain
YF yang mana satu? YF more to NATURAL. Mana taknya, contoh kasut ya. Pergi mana-mana, YF akan pakai kasut yang sama sampai lenjan. Sampai punah. Hahahaha! Selagi boleh sarung, kita sarung ya kawan-kawan semua. 😁
Sebenarnya, nak jadi orang yang menjaga imej ni, kena ada semua kriteria di atas. Bak kata Puan Azie, kena jadi sesumpah. Serasi dengan semua keadaan. Betul juga kan. Takkan nak pergi majlis formal, pakai selipar plak. Hancus!
Color Make Your Own Soul
Next topic ialah pemilihan warna yang bersesuaian. Tak adalah atas warna oren, bawah warna hijau. Heheheh.
Tipsnya untuk pemilihan warna yang sesuai adalah....Jeng jeng jeng!!!
Contohnya kan, warna oren. Korang boleh pilih yang satu kumpulan dengan oren tu, atau warna yang bertentangan dengan oren tu. Itu adalah kombinasi warna yang sesuai untuk dimatchingkan. Sebab tu dulu famous baju atau dress yang ada tema colour block kan. Inilah lah satu cara untuk tahu warna tu sesuai ke tak.
Tapi YF suka tips warna yang Puan Azie share iaitu warna yang takkan pernah salah untuk dipakai :
- Putih
- Hitam
- Kelabu
- Biru Gelap (navy blue)
- Coklat
Tak ada basic colours ni dalam wardrobe, terutamanya hitam dan coklat, boleh menggigil ketakutan nak keluar rumah. Hahahaha! 😄
Mix and Match Outfit
Dari kiri, Pear, Ruler, Apple, Hour Glass & Strawberry
Topik ni plak kita belajar cara-cara mengenali bentuk tubuh badan kita. Barulah tahu nak cari baju yang macam mana dan sesuai dengan kita.
Kalau kita rasa bahagian atas agak besar berbanding bahagian bawah, elakkan memakai aksesori besar atau kain yang beropol di bahagian atas. Pakailah warna yang lebih gelap. Begitu juga sebalik ya.
Kalau berbentuk Ruler atau Hour Glass ni, mungkin senang sikit kot nak cari baju dan Mix & Match.
Itu adalah sedikit sebanyak info yang YF boleh share. Ilmu berharga buat YF. Sebab masa yang sangat singkat untuk tahu semuanya. Sekiranya nak tahu dengan lebih lanjut lagi berkenaan personaliti dan imej, bolehlah hubungi Puan Azie untuk buat bengkel macam ni di tempat korang plak.
Tempat
Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-9235 4800
Perunding Imej
012-6299393
Sarapan pagi
Sempat bergambar bersama Puan Azie Sam
Credit to Kak Saidila
----------------------------
YF : Last pergi bengkel personaliti masa kat universiti dulu 😍
Comments