Lembaga Zakat Selangor Prihatin Dengan Pendidikan Golongan Kurang Berkemampuan

Assalamualaikum!


Seperti sedia maklum, pendidikan tersangatlah penting untuk diberikan kepada anak-anak, tidak kisahlah dari golongan mana sekalipun. Setuju tak dengan YF? 🙋

Pada yang berkemampuan, Alhamdulillah diberikan kemudahan dan kelapangan kan. Yang tak berkemampuan pula? Bagaimana? Terpaksa memandang rakan-rakan sebaya lain pergi ke sekolah lengkap berpakaian seragam dengan pandangan yang sayu. Allahu. Sedihnya. 😭



Di sinilah peranan Lembaga Zakat Selangor memainkan peranannya. Jangan kata Zakat Selangor tak mengambil berat ya. Mereka sangat prihatin tau tapi mereka juga perlu berhati-hati dan mengambil kira pelbagai aspek untuk mengagihkan bantuan zakat kerana itu semua amanah pemberi zakat kepada pihak Zakat Selangor. 

Sepanjang tahun 2018, pelbagai bantuan diberikan oleh Zakat Selangor kepada fakir, miskin, mualaf mahupun fisabilillah.



Antaranya bantuan yang diberikan adalah dari segi :

1) Keperluan pendidikan & yuran persekolahan - Tadika, Rendah & Menengah

Tanpa keperluan ini semua, sukar rasanya untuk anak-anak meneruskan pembelajaran. Kerana itu ia dipanggil keperluan. Bagaimana untuk ke sekolah sekiranya tiada pengangkutan? Bagaimana untuk menulis sekiranya tiada alat tulis? Bagaimana pula untuk meneruskan persekolahan jika yuran tahunan tidak berbayar? Zakat Selangor memandang enteng semua perkara ini kerana ia seperti pemangkin semangat kepada anak-anak fakir dan miskin untuk berasa yakin dan tidak rendah diri untuk ke sekolah. 


2) Pembinaan / Baik Pulih / Peralatan Institusi Agama / Masjid / Sekolah Agama

Pembelajaran juga tidak terhad di sekolah biasa. Anak-anak tadi juga boleh menimba ilmu pengetahuan khusus di masjid-masjid mahupn sekolah agama. Tapi seperti sekolah, tempat-tempat ini juga perlu diselenggara dengan baik untuk menjamin keselesaan pengunjung terutamanya anak-anak terpilih ini.


3) Elaun Guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) & Guru Agama / Penceramah

Seperti pendidik yang lain, mereka juga perlu diberikan imbuhan yang sepatutnya. Tenaga dan ilmu yang dicurahkan sama sahaja dengan guru-guru yang lain. Selain daripada itu, elaun ini juga sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan para guru yang terlibat.


4) Bantuan Umum Pelajaran, Biasiswa Pelajaran, Dermasiswa Mualaf & Sumbangan Pendidikan OKU

Terlalu ramai yang perlu diberikan perhatian. Zakat Selangor mencuba sehabis baik untuk memberikan bantuan daripada segi kewangan untuk kelangsungan pembelajaran agar semua anak-anak ini termasuklah anak-anak istimewa merasa manisnya menimba ilmu pengetahuan.


5) Dermasiswa Hufaz Quran

Para Hafiz & Hafizah juga berpeluang untuk memohon dermasiswa ini seiring dengan kemampuan mereka menghafaz kitab suci Al-Quran.



6) Dermasiswa Pelajar Belajar Di Luar Negara, Dalam Negara & Dermasiswa Pasca Ijazah Sultan Idris Shah

Pada anak-anak yang memasang impian untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, Zakat Selangor cuba membantu sedaya mungkin memberikan peruntukan yang sewajarnya.


Korang juga boleh membandingkan agihan zakat kepada Asnaf mengikut program & jenis bantuan utama bagi tahun 2018 berbanding 2017.


Secara puratanya, kita boleh melihat ada peningkatan agihan wang kepada golongan Asnaf ni. Baguskan? Kalau nak tahu duit bayaran zakat tu pergi mana, boleh lah jengah lawan web Zakat Selangor tu ya. Ihiks! 😎

Itu baru dari segi bantuan pendidikan tau. Belum lagi YF ceritakan bantuan kewangan, makanan, bantuan kesihatan dan sebagainya yang juga antara fokus utama Zakat Selangor dalam membantu golongan ini.

Syabas Zakat Selangor kerana menjadi perantara antara pemberi dan penerima zakat. Tugas yang bukan mudah tapi sangat memberikan impak untuk menaikkan taraf kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Walaupun YF ni bukanlah orang yang senang, tapi YF tetap bersyukur dengan segala kemudahan yang terbentang luas di hadapan mata. Keperitan hidup mereka tidak akan sama dengan kesulitan yang kita hadapi sehari-harian. 

YF berharap agar Zakat Selangor mengekalkan prestasi ini dan tidak mudah mengalah memberikan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.


Mesti rasa nak tahu lebih lanjut lagi kan mengenai fungsi dan cara-cara untuk membayar zakat di Zakat Selangor ni, betul tak? Korang boleh layari lawan sesawang dan juga Official Page Zakat Selangor :

Laman Sesawang Lembaga Zakat Selangor


Facebook





-------------------------------------------
YF : Cubalah bayar zakat, mesti rasa puas 😍



Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?