Himalaya Bowell & Women's Wellness : Bagus atau Tidak?
Assalamualaikum!
YF nak share dua produk kesihatan keluaran Himalaya; Bowel & Women Wellness. Sebenarnya, YF tak berapa nak yakin sangat dengan produk makanan kesihatan ni. Tapi oleh kerana produk Himalaya ni dah terjamin keselamatannya, lagi-lagi tak overclaim sampai boleh pulihkan kanser ke sakit jantung ke kan, over gitu. Memang YF tolak sebulat-bulatnya testimoni yang merapu macam tu. Tapi untuk produk Himalaya ni, YF Google dan kawan pun ada yang cadangkan produk keluaran yang sama, YF fikir, "Hurm...Mungkin boleh cuba ni".
Perkara pertama yang perlu kita tahu sebagai pengguna, kehalalan produk tersebut. Hahaha. Biasalahkan. Nak lagi senang percaya dan yakin, boleh tengok logo halal kat setiap label produk. Produk Himalaya ni halal ya. Jadi, buanglah segala perasaan was-was korang tu.
Kalau tak ada logo halal, macam mana plak? Boleh tengok kandungan suplimen tu. Haaaa. Kena rajin baca sikit ya.
YF cakap jujur je lah ya. YF memang jarang gila makan sayur. Kalau makan pun, satu dua jenis je yang YF makan. Rasa sayur ni pelik. Hahahaha. Oleh sebab itulah, nak buang air besar dalam sehari pun, susah ya. Sekali keluar, penatlah buat latihan otot muka. 😅
Lepas amalkan je dalam seminggu ni, paling kurang YF membuang air besar, sekali sehari. Okaylah kan? Dari tak membuang langsung. Masalah perut kembung sebab susah nak buang air besar pun makin kurang.
Untuk Women Wellness, ia lebih fokus kepada masalah kewanitaan. Suplimen ni boleh menjaga kesihatan rahim dari dalam. Kot-kot nak kahwin kan, bolehlah ambil langkah bersiap sedia gitu. Untuk wanita yang dah berkahwin pun, tak ada masalah untuk mengambil suplimen ni.
YF ada juga baca dekat Google, suplimen ni bantu untuk kurangkan kepenatan. Lagi satu, YF perasan, lepas amalkan suplimen ni, YF akan mengantuk lebih awal dari biasa. Jadi, sebelum pukul 11 atau 12 malam, YF dah tidur dengan nyenyaknya. Hahaha! Kalau tak, mesti tidur dalam 1 atau 2 pagi.
Selain daripada tu, suplimen ni membantu dalam menyeimbangkan hormon yang tunggang langang atas sebab 'datang bulan' atau ketika Menopause; dalam istilah Melayunya, putus haid.
Nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh baca review atau testimoni produk Himalaya ni di Google atau layari saja laman web rasmi mereka :
Website Asia : http://www.himalayainasia.com
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
NOTA : Produk ini tidak sesuai untuk orang yang alergik terhadap sesuatu bahan, sedang mengandung, menghidap penyakit kronik. Sila rujuk doktor yang bertauliah untuk penggunaan yang selamat.
------------------------------------------------------------------
YF : Dah mula rasa mengantuk 😂
Comments