Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision: Pilihan Hati Pengguna Cermin Mata


Assalamualaikum!

Baru-baru ni YF ada membeli sebuah cermin mata untuk kegunaan harian YF. YF bukanlah seorang yang ada rabun teruk. Rabun tu ada. Cuma tak tinggi sangat macam orang lain. Masalah YF sekarang lebih kepada silau. Terutamanya kalau nak memandu pada waktu malam, menggunakan komputer atau handphone. Kadang-kadang tu, boleh kena migraine dibuatnya. Jadi YF ambil keputusan untuk mencuba memakai cermin mata yang khusus untuk menahan pancaran cahaya UV secara tak langsung boleh kurangkan masalah silau YF.


YF pernah je pergi kedai cermin mata untuk buatkan cermin mata ayah. Layanan tu biasalah. Cek mata. Testing bingkai cermin mata. Testing kesesuaian cermin pada mata.  Cermin mata siap. Datang. Ambil. Layanan tu setakat itu sajalah. Kiranya, biasa saja. Harga pun boleh tahan mahal. *Urut kepala kejap*

Tapi untuk di Kedai Eye Pro Vision di Sungei Wang, Kuala Lumpur ni. Fuh! YF cakap. Layanan dia terbaik. Dari Big Boss turun ke staf dia. Semua ramah. Kadang YF tak sempat nak tanya apa-apa, semua info diorang dah cerita habis. Memang tak lokek ilmu. Dari pemilihan bingkai cermin mata dan pemilihan cermin mata yang bagus, mereka akan kongsikan pendapat mereka dan juga buat demonstrasi sekali. Adik YF dari sekadar peneman, terus angkut satu juga. Hahaha! Memang tak salah rasanya kedai ni digelar sebagai Kedai Cermin Mata Viral.

Mana taknya, layanan bagus, harga murah, cermin berkualiti, proses untuk cermin mata siap pun tak sampai 1 JAM tau! Kalau kedai lain, kena tunggu 5 hari bekerja macam tu. Tapi tapi tapi! Ini bergantung kepada ketinggian rabun juga ya. YF punya rabun tak tinggi sangat, jadi proses untuk membuat cermin mata sesuai mengikut mata YF, cepat je. 

Harga untuk total keseluruhan cermin mata adalaha sebanyak RM125. Murah kan? Bingkai saja RM65. Cermin mata jenis Alpha Blue 420, RM60. Gila murah kot! Tapi! YF ingatkan, harga ini adalah bergantung kepada ketinggian rabun dan silau korang. Kalau rabun tinggi macam 300 ke atas ke, mungkin harganya lain sikitlah. 

Sesi mencuba bingkai cermin mata yang sesuai
(masa ni rambang mata gila sebab pilihan banyak sangat 😂)

Tekun mendengar penjelasan Mr. William

Cermin mata yang biasa tidak mampu menahan sinaran UV

Tapi tidak pada cermin jenis Alpha Blue 420

Selain daripada tahan lasak, cermin jenis Alpha Blue 420 juga
senang untuk dibersihkan 


Mr. William menjelaskan keadaan mata jika tidak
memakai cermin mata dalam jangka masa yang lama

Bahagia je rasa bila dapat melihat dengan lebih jelas

Selepas YF dapat cermin mata YF, Mr. William membantu YF
untuk merasai sendiri kelainan sebelum dan selepas memakai cermin mata

Bergambar kenangan dengan Mr. William. (Layan Korean drama juga ya 😜)

Bingkai cermin mata pilihan YF

Taraaa! YF dengan cermin mata barunya!
Terasa bijak plak bila pakai cermin mata ni. Kuikuikui!


Jadi, dah seminggu YF pakai cermin mata ni. Alhamdulillah. Memandu pada waktu malam, silau dah tak terasa. Buat kerja depan komputer pun mata tak terasa penat sangat. Tengok phone pun kepala dah tak cepat rasa berat.

Yang YF nak tekankan di sini, jarang kedai cermin mata layan YF dengan penuh ramah dan berminat nak layan pelanggan. Kita tanya soalan pun, mereka boleh jawab dengan baik dan sopan. Profesional gitu. Itu yang kita nak dalam bidang servis ni. Betul tak? YF bagi 10 bintang kat Kedai Cermin Mata, Eye Pro Vision. Lain kali, nak bawa ibu dan adik buat cermin mata kat sini plak. Wehuuuu!

Sekiranya korang ada soalan berkenaan cermin jenis Alpha Blue 420 ni atau berkenaan tempahan cermin mata, boleh terus pergi atau hubungi kedai ni seperti di bawah :




Alamat : G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
Waktu Perniagaan : 11.00am - 9.00pm (Setiap hari)
No. Telefon Bimbit : 016-3771304 (Mr. William)

----------------------------------------------------------------------------------------------
YF : Ironwoman 

Comments

mas saari said…
Akak pun puashati buat spek kat sini. Nanti nak buat rayban lak!

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?