Rancang Wasiat: Sediakan Payung Sebelum Hujan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Dulu-dulu, YF memang tak ambil kisah sangat pasal wasiat ni. Sebab fikir, orang-orang tua je yang kena fikir benda macam ni. Teruk kan? Tapi bila dah sedar betapa pentingnya pengurusan harta dan wasiat, YF kena berfikir ke depan lagi. Lagi-lagi bila dah berkahwin ni, dan insyaAllah mungkin keluarga akan menjadi lebih besar nanti, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lagipun, ajal kita, hanya Tuhan yang tahu. Mungkin esok, mungkin kejap lagi. Betul tak?
Lagipun, kalau kita buat
perancangan wasiat dengan lebih awal dan teratur, kita boleh menyenangkan
urusan untuk selesaikan tanggungjawab yang tergantung seperti hutang piutang,
kebajikan ibu bapa, atau pun anak bila kita dah tiada kelak. Bukan nak cakap
harta YF ni bergelimpangan. Tidak. Cuma sekadar untuk mengurangkan beban
orang-orang tersayang.
YF pun tak naklah nanti ada pula
pertelingkahan sesama keluarga. Satu hal pula nanti bermasam muka kerana harta
dunia ni. Tak boleh okay. Ini bukan drama Melayu pukul 7 petang tu ya. Hahaha!
Buat sementara waktu ini, YF ada
mengambil hibah takaful sedikit. Cukuplah untuk membantu menampung perbelanjaan
sekiranya berlaku apa-apa ke atas YF. Itu antara langkah awal yang YF cuba
terapkan.
Untuk harta sepencarian bersama
suami, itu perlu merujuk kepada pakarnya. Sebelum tu, kenalah berbincang dengan
suami dulu ya. Jangan main terjah je tau. Bagi salam dulu kat suami. Hahaha!
Perkara macam ni kena bincang elok-elok dan perlukan kesepakatan yang jitu, aaa
gitu! Untuk mengelakkan siapa dapat lebih, siapa dapat kurang. Melainkan
masing-masing setuju untuk pembahagian sekian-sekian.
Jadi, setelah perbincangan dengan suami tu, mungkin boleh bawa hasil perbincangan tersebut kepada wasi yang bertauliah kerana wasi ni bertindak sebagai pemudah cara dan pendamai selain daripada melaksanakan jariah si mati dan membahagikan harta pusaka untuk meneruskan kesinambungan kehidupan.
Kat mana nak dapatkan khidmat wasi ni ya?
YF cadangkan bolehlah membuat perancangan wasiat dan melantik wasi di MAIS
kerana MAIS adalah agensi utama agama Islam dalam negeri Selangor
berbidangkuasa untuk bertindak sebagai wasi kepada wasiat umat Islam. Mudah
saja, pergi ke antara 8 cawangan MAIS di sekitar Selangor, dan dapatkan nasihat
yang sesuai untuk wasiat korang tu.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah
layari laman web atau pun terus hubungi nombor di bawah:
www.mais.gov.my atau www.wasiat.com.my
Bahagian Harta Baitulmal, MAIS
03-5514 3773/3772
pro@mais.gov.my
-------------------------------------------------
YF: Rancang sebelum terlambat
Comments