Posts

Showing posts from August 4, 2020

Maran Untuk Seisi Keluarga

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera guys! Pada Ahad lepas, 26 Julai 2020, YF berkesempatan melawat Daerah Maran untuk Trip Sehari Ke Daerah sempena mempromosikan Produk Pelancongan Daerah Maran bersama 4 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. Malaysia ni betul2 Truly Asia ya, sebab rasanya memang banyak lagi tempat yang YF belum jelajah ataupun pergi. Pergi ke Daerah Maran ni saja, dah buat YF rasa kagum dan tertarik. Antara perkara menarik di Maran adalah kraftangannya, juadah kampungnya dan tempat2 menarik yang sesuai dilawati seisi keluarga. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran mengambil masa lebih kurang 2½ jam bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 9.30 pagi macam tu melalui lebuhraya Karak. Nasib baik YF bawa sweater ya, sebab sejuk ditambah pula dengan aircond kereta. Fuh! Gigil!