Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF bukanlah pemakai tudung bawal tegar tapi sekali sekala teringin jugalah nak berbawal kan. Baru-baru ni, YF ada beli sehelai tudung bawal dari seorang ejen Fareha ni, iaitu @mytudungsister . Bungkusan semua okay dan kemas. Penghantaran pun laju. Order hari Sabtu, Isnin sampai dah. Siap ada bagi satu free brooch lagi. Ya Allah. YF terlupa YF tak ada sebiji brooch pun dekat rumah. Hahaha! Punyalah yakin nak order bawal. YF tak reti pakai bawal guna jarum sebagai ganti brooch . Tengoklah. Punyalah dah lama tak berbawal kan. Thank you @mytudungsister ! Okay! YF beli Tudung Bawal Anti Kedut Special Edition 5.0 yang berharga RM27 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM8. Murah tak? Okaylah kot. Sekali sekala cuba jenama baru. Tudung bawal edisi baru ni m enggunakan material Korean Chiffon . Bila baca je chiffon , mesti rasa macam, pakai nanti mesti licinlah, apalah. Kan? A pa yang istimewanya bawal dari Fareha ni? Katanya ...