Posts

Showing posts from December 9, 2020

Rancang Wasiat: Sediakan Payung Sebelum Hujan

Image
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Dulu-dulu, YF memang tak ambil kisah sangat pasal wasiat ni. Sebab fikir, orang-orang tua je yang kena fikir benda macam ni. Teruk kan? Tapi bila dah sedar betapa pentingnya pengurusan harta dan wasiat, YF kena berfikir ke depan lagi. Lagi-lagi bila dah berkahwin ni, dan insyaAllah mungkin keluarga akan menjadi lebih besar nanti, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lagipun, ajal kita, hanya Tuhan yang tahu. Mungkin esok, mungkin kejap lagi. Betul tak? Lagipun, kalau kita buat perancangan wasiat dengan lebih awal dan teratur, kita boleh menyenangkan urusan untuk selesaikan tanggungjawab yang tergantung seperti hutang piutang, kebajikan ibu bapa, atau pun anak bila kita dah tiada kelak. Bukan nak cakap harta YF ni bergelimpangan. Tidak. Cuma sekadar untuk mengurangkan beban orang-orang tersayang. YF pun tak naklah nanti ada pula pertelingkahan sesama keluarga. Satu hal pula nanti bermasam muka kerana harta dunia ni. Tak bo...