Posts

Showing posts from 2021

Mudahnya Bayar Zakat Dengan CIMB Clicks!

Image
Alhamdulillah. Tahun ni mungkin sedikit berbeza dari tahun 2020 yang ‘gelap’. Walau Covid-19 masih ada, tapi aku rasa kita dah boleh ‘bernafas’ dengan lebih senang. Peluang pekerjaan telah dibuka semula. Mungkin tak banyak, tapi masih ada. Aktiviti ekonomi dan sosial pun telah dilonggarkan sedikit demi sedikit namun tetap patuh dengan SOP yang ada. Mana taknya, lebuhraya dah mula ‘banjir’, kenderaan awam pula dah mula ‘sarat’. Ini bukti rata-rata rakyat Malaysia pun dah kembali dengan rutin biasa tapi dengan norma baharu. Pada yang dah kembali stabil dalam pendapatan, ada kerja tetap, kerja sampingan, simpanan dan sebagainya, korang sebenarnya dah dikira wajib untuk tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) SEKIRANYA cukup nisab. Dengan zakat yang berjaya dikumpul, secara tak langsung, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia yang memerlukan. Ada juga yang bertanya, kenapa kena bayar dekat LZS? Ada ...

Gajet, Kesan & Cara Jaga Mata Kanak-kanak

Image
Penggunaan gajet ketika pandemik ni merupakan satu keperluan untuk semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Aku perasan benda ni sebab ibu aku ada jaga 2 orang kanak-kanak ni, 6 tahun & 11 tahun. Dari pagi hingga petang,  menghadap skrin iPad atau pun phone . Kelas dari pihak sekolah. Kelas tambahan. Kelas agama dan mengaji. Belum campur main game online lagi. Iyalah. Budak-budak kan. Dahla tak pergi sekolah. Tak jumpa kawan-kawan yang sebaya. Tak boleh keluar jalan-jalan ke apa. TV pun diorang dah bosan tengok. Yang diorang suka, game online . Fuh. Kecik-kecik dah ada eyebag . Ini masa total lockdown itu harilah. Sekarang ni, dah kurang sikit sebab sekolah dah dibuka semula kan. Tapi masih lagi kena kawal dan pantau.  Hari tu, aku sempat join seminar online oleh Dr.  Mohd Hafidz Ithnin iaitu salah seorang Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM,  Kuantan, Pahang. Tajuknya sangat sesuai dengan keadaan yang aku ceritakan tadi.  Bagi aku, pe...

Tempah Bingkai Cermin Mata di OPTOM EYECARE BANGI

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah nak dekat 3 tahun kot rasanya YF pakai cermin mata sekarang ni. Cermin pun dah calar balar. Hahaha! Mulalah gatal tangan nak tempah cermin mata baru. Lagipun, n ak tahu jugalah perkembangan terkini mata. Rabun makin teruk ke atau masih sama. Almaklumlah, umur makin meningkat. Gaya hidup pun dah berubah sejak pandemik ni. Di rumah kerap sangat menghadap skrin komputer riba saja. Uhuks! Jadi, atas review kawan2 & juga Google Review , YF memilih OPTOM EYECARE Bangi untuk cermin mata yang baru. Yang paling penting, di kedai ini, ada pakar mata atau Optometri . Jangan risau. Mereka ni bukan sebarang pakar mata tau. Mereka merupakan Optometri yang bertauliah dan berpengalaman. Apa itu Pakar Mata (Optometri)? Selepas mendengar sedikit sebanyak penerangan Optometri di  OPTOM EYECARE Bangi   ni, mengikut apa yang YF fahamlah kan. Optometri ni merupakan pakar mata tetapi bukan dari segi klinikal ya. Mereka sekadar membuat saringan pada...

Ambil Tahu Bahaya Kanser/ Barah Payudara!

Image
Assalamualaikum. YF terpanggil untuk buat entri ni selepas YF kehilangan kawan disebabkan kanser atau barah payudara (breast cancer). Masih lagi bersedih sebab baru saja kejadiannya. YF mohon untuk sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah kawan YF tu, Siti Suhaidah binti Mohd Sumali. Takpelah. Semoga arwah tenang di sana. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn. Oleh itu, YF ambil kesempatan ini untuk menyebarkan kesedaran kepada korang betapa pentingnya ilmu pengetahuan berkenaan penyakit ni. Dunia yang serba dihujung jari, pelbagai penyakit yang mudah menghinggap manusia tanpa kira jantina, bangsa, agama mahupun umur. Barah payudara juga tidak terkecuali. Walaupun ahli keluarga tidak mempunyai sejarah barah, jangan seronok dahulu. Walaupun jantinanya lelaki, tak mustahil untuk mempunyai penyakit tersebut. Ya. Itulah barah payudara. Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 dalam 32 orang wanita berisiko menghida...