Ambil Tahu Bahaya Kanser/ Barah Payudara!
Assalamualaikum.
YF terpanggil untuk buat entri ni selepas YF kehilangan kawan disebabkan kanser atau barah payudara (breast cancer). Masih lagi bersedih sebab baru saja kejadiannya. YF mohon untuk sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah kawan YF tu, Siti Suhaidah binti Mohd Sumali. Takpelah. Semoga arwah tenang di sana. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.
Oleh itu, YF ambil kesempatan ini untuk menyebarkan kesedaran kepada korang betapa pentingnya ilmu pengetahuan berkenaan penyakit ni. Dunia yang serba dihujung jari, pelbagai penyakit yang mudah menghinggap manusia tanpa kira jantina, bangsa, agama mahupun umur. Barah payudara juga tidak terkecuali. Walaupun ahli keluarga tidak mempunyai sejarah barah, jangan seronok dahulu. Walaupun jantinanya lelaki, tak mustahil untuk mempunyai penyakit tersebut. Ya. Itulah barah payudara.
Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 dalam 32 orang wanita berisiko menghidap kanser payudara. Risiko itu juga semakin tinggi sekiranya mempunyai sejarah keluarga. Tidak hairanlah kanser payudara merupakan penyebab utama kematian khususnya dalam kalangan wanita yang menghidap kanser.
Kanser Payudara Boleh Dicegah?
YF nak tekankan di sini, sebelum kita merawat, kalau boleh kita cuba untuk cegah atau elakkan sedaya upaya kita. Untuk elakkan kita menyesal di kemudian hari. Berdasarkan gambar di bawah, cara-cara pencegahan yang disyorkan adalah mudah tidak perlu menggunakan duit yang banyak ya. Cuma perlukan kemahuan yang tinggi saja. Uhuks!
Bolehkah Tanda Awal Kanser Payudara Dikesan?
Pastinya boleh. Jika kita semua mempunyai kesedaran bahawasanya barah ini mampu membawa maut jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera. Betul. Ajal itu dari Allah. Tapi apalah gunanya akal kita ni kalau tak nak digunakan sehabis baik. Haih. Terimbau2 plak suara si Sajat.
Ada 3 cara yang boleh kita lakukan untuk mengesan kanser payudara. Antaranya:
1) Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan PSP ini adalah setiap bulan pada hari ke-7 hingga ke-10 dari hari pertama kita datang haid. Macam mana plak kalau sudah menopos atau haid tak teratur? Mudah je. Korang dianjurkan untuk pilih satu hari yang paling senang nak ingat macam hari pertama atau terakhir pada setiap bulan.
Mengikut ilustrasi tanda awal kanser payudara di bawah ni, YF harap kita akan lebih berhati-hati dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
2) Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKP)
Rasa tak yakin nak buat PSP? Betul ke tidak apa aku rasa ni. Uhuks! Jangan risau. Kita juga ada cara PKP. Bukan PKP 1.0, 2.0, 3.0 tu tau! Jangan melawak naaa. Adalah sikit. Hahaha. Okay2. PKP ni kiranya dilakukan secara berkala mengikut kumpulan umur dan juga wanita yang berisiko tinggi.
3) Mamogram
Untuk Mamogram, ia terbahagi kepada dua;
a) Korang berumur 40 tahun ke atas dan berisiko tinggi
b) Berumur 50 hingga 74 tahun.
Dengan pembahagian ini, ia lebih mudah untuk meletakkan kita dikategori yang sesuai mengikut tangga umur dan risiko.
Peringkat Kanser Payudara
YF pun kadang ingat-ingat lupa tahap kanser ni ada berapa sebenarnya. Tapi lepas YF ilustrasi tahap kanser payudara, barulah YF faham.
Tahap 0 - Sel abnormal pada mana-mana kawasan di dalam badan berpotensi untuk menjadi kanser dan turut dikenali sebagai carcinoma in situ (CIS).
Tahap 1 - Biasanya sangat kecil dan berada didalam kawasan payudara sahaja.
Tahap 2 - Kanser belum lagi merebak ke tisu sekeliling namun sel kanser mungkinsudah merebak ke bahagian lymph nodes dan mendekati tumor.
Tahap 3 - Pada tahap ini, ia masih lagi boleh sembuh dan cirinya adalah ia merebak ke keseluruhan tisu (kulit dan otot) dan lymph nodes pada bahagian tersebut.
Tahap 4 – Ia merebak sehingga ke organ lain dan ia juga dikenali sebagai secondary atau metastatic cancer. Ada yang tanya. Boleh sembuh ke kalau dah tahap paling tinggi ni? Doktor pun tak berani nak bagi jaminan. Hmmm.
Masalah kita orang wanita di Malaysia ni, kita terlalu malu atau kisah dengan pandangan orang lain. Orang Melayu kata, siapa malu, rugi. Betul dah tu. Rugilah. Disebabkan malu, sanggup menggadaikan nyawa yang tiada nilainya. Sebab itu pemeriksaan-pemeriksaan yang YF bagitahu tadi perlu diwar-warkan kepada masyarakat supaya tiada siapa yang tertinggal maklumat.
Jenis Rawatan Yang Boleh Dibuat
Sekiranya ditakdirkan korang menghidap kanser, jangan patah semangat atau putus asa. InsyaAllah ada jalan lain kalau cepat-cepat bertindak; mendapatkan nasihat yang pakar dan melakukan rawatan yang sesuai. Antara rawatan yang korang boleh buat adalah melalui:
a) Pembedahan
b) Kemoterapi
c) Terapi Radiasi
d) Terapi Hormon
e) Rawatan Alternatif (perlu pantauan doktor juga ya)
Kesihatan Mental Penting Untuk Keluarga Bahagia
Selain kanser tadi, YF juga nak sentuh berkenaan kesihatan mental. Orang asyik cerita pasal kesihatan fizikal je kan. Lupa plak pada kesihatan mental. Kesian. Selalu kena tolak tepi. Sebab ada yang kata, manja sangat kalau ikut perasaan. Lembik dan sebagainya. Heh. Rasa nak sekeh je mulut-mulut tu semua. Tolong ya. Tolong. Ini bukan soal lembik ke apa. Ini soal hati! Heihhh! Bukannnn! Ini soal mental kita. Mental tak sihat, macam mana nak jalani hidup dengan waras. Kan? Kalau stres, cari benda yang boleh leraikan stres tu. Cuba cari hobi yang sesuai dan ikut kemampuan kita. Jangan tambah stres plak yaaa.
Lagi satu, berkomunikasilah dengan ahli keluarga atau pun pasangan masing-masing. Jangan malu-malu nak cerita sakit penat kita. Sebab antara penyumbang kepada kemurungan sebab selalu memendam rasa dan sebagainya. Jangan macam tu ya. Yang dah berkahwin, kalau bukan pada pasangan kita, dengan siapa lagi nak bercerita selain Tuhan, kan? Kalau isteri sakit, suami dah tentu susah hati. Ye lah. Hari-hari dengar isteri bebel itu ini, tetibe senyap plak. Sebab tak sihat. Jangan tak percaya, bebelan isteri tulah yang buat hidup suami segar sentiasa dan sihat. Setuju tak para suami? Kikiki!
YF bukan apa. Dengan keadaan sekarang, dugaan untuk keluarga kita mungkin sangat mencabar. Kadang, perkahwinan tidak terjaga, tanggungjawab tidak dilaksanakan sehingga menyebabkan berlakunya tuntutan fasakh, tidak kira dari isteri mahupun suami. Dah satu hal plak nak kena naik turun mahkamah. Bukan mudah ya nak fail fasakh ni. Haa. Kena ada bukti kukuh dan padu, baru mahkamah nak layan. Ermmm.
Banyak yang YF belajar untuk buat entri ni terutamanya mengenai kanser payudara. Rasanya lebih berilmu sikit. Sikitlah. Dari semalam. Hah! Nak bagitahu ni, YF selalu jadikan laman web IsteriSihat antara rujukan dari segi kesihatan, hal-hal rumahtangga, dan sebagainya tau sebab ringkas dan mudah difahami. Yang belum kahwin tu, janganlah terasa plak. Semua tu ilmu tau. Tiada ilmu yang sia-sia di bumi Allah ni. Fuh. Lari dulu!
Facebook: https://www.facebook.com/IsteriSihat
--------------------------------------------------------
YF: Semoga semuanya baik-baik sahaja
Comments