Beli & Terima Barang Hari Sama Guna Grab Express di PG Mall

Assalamualaikum dan hai semua!

Korang mesti tahu kan mengenai E-Dagang (E-Commerce) yang ditubuhkan di Malaysia, PG Mall? Walaupun baru saja bertapak pada tahun 2017, jangan terkejut ya, PG Mall dah mengungguli carta sebagai sebagai nombor 1 sebagai E-Dagang dari Malaysia.

YF juga nak tambah lagi, PG Mall ni pun bukan calang-calang tau. Di laman sesawang Iprice, ia duduk di tangga nombor 3 menghampiri senarai E-Dagang yang popular ketika ini.


'Angau' Mengesan Barang Dibeli?

Kenapa YF cakap angau ya? Teruk betul bunyinya kan. Hahaha. Tapi secara peribadinya, memang terasa angau ya. Resah gelisah, siang malam termimpi-mimpi, menanti ketibaan tukang penghantar bungkusan di tepi pintu. Lepas tu, baru beli hari ni, dah berharap barang tu sampai esok. Alahai. Berhentilah berharap ya. Kalau dapat tu, senyum sampai telinga sis! 😂

Oleh itu, YF sangat tertarik dengan usaha PG Mall dengan menambah sistem penghantaran supaya pengguna setia PG Mall mempunyai lebih pilihan untuk menggunakan khidmat penghantaran pembelian mereka. Sekali lagi, PG Mall merupakan platform E-Dagang yang PERTAMA berganding bahu bersama nama yang tidak asing lagi di dunia pengangkutan di Malaysia iaitu Grab. Untuk permulaan, penduduk di Lembah Klang boleh menikmati servis penghantaran Grab Express  yang mana kita boleh dapatkan barangan yang dibeli pada HARI YANG SAMA PEMBELIAN! Tak percaya? Tolonglah percaya ya!

Mana taknya, dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia hampir 2 tahun ni, cara kita membuat pembelian juga turut berubah. Rasanya, pembelian di E-Dagang semakin meningkat berkali ganda dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih mudah, jimat masa/tol/minyak. Dan yang paling penting sekali, LEBIH SELAMAT. Mahu tak mahu, begitulah realitinya. Permintaan pengguna E-Dagang untuk mendapatkan barang yang dibeli pada hari yang sama juga teramatlah tinggi terutamanya di bandar-bandar utama dan pesat sekitar Malaysia yang rata-ratanya masih tidak pasti bila pandemik gelombang tahap tiga ini akan berakhir. Korang rasa bila nak tamat tu? Hmmmm. 😷

PROMOSI Dengan Potongan RM12 Untuk Grab Express


Pembeli dan penjual bolehlah tersenyum manis-manis ayu gitu dengan memilih Grab Express sebagai pilihan penghantaran barangan. Untuk pengguna di luar Lembah Klang. Janganlah bermuram durja plak. Kolaborasi ini mungkin akan mengambil masa untuk diluaskan ke serata negara. Kemungkinan besar, pada tahun 2022, SATU MALAYSIA boleh menggunakan Grab Express ni. Semoga sukses PG Mall x Grab!

Eh, lupa plak nak bagitahu. Sempena pelancaran awal PG Mall dengan Grab Express ni, korang boleh menikmati POTONGAN SEHINGGA RM12 untuk khidmat penghantaran laju serba pantas ni. Ingat, untuk pengguna sekitar LEMBAH KLANG saja dulu ya. Haih, dah macam tunggu giliran nak ambil vaksin plak ya? 

Melalut plak ya? Hah! Sudahlah tu. Jangan fikir-fikir lagi. Singgah cepat ke PG Mall untuk dapatkan promosi ni. Selagi stok masih ada. 😝


Mesti tak sabar nak dapat barang pada hari yang sama. Kan? Kan? Kan? 👀


-------------------------------------------
YF: 'Troli' dah penuh ni weihhhhh

Comments

Yanieyusuf said…
Bagus pgmall. Inisiatif untuk tingkatkan kualiti dlm proses pos.
Permatabiru said…
Best juga shopping DEKAt pgmall

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?