BUTA DISEBABKAN KENCING MANIS?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Bila bercakap pasal kencing manis atau diabetis ni, yang ada dalam fikiran kalau luka dekat mana-mana bahagian tubuh badan, susah nak sembuh. Kalau susah nak sembuh, kebarangkalian anggota badan tu nak dibuang sangat tinggi. Tapi kali ni, YF nak kongsikan satu anggota badan lain yang boleh terkena 'tempias' kesan penyakit ni iaitu MATA.
Secara umumnya, diabetis akan menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah di dalam badan menjadi sangat perlahan. Impak kerosakkan salur darah menyebabkan organ-organ penting dalam badan termasuk mata akan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen.
Hal ini secara tak langsung boleh mengakibatkan retina mata rosak, dan akan dianggap sebagai salah satu komplikasi diabetis iaitu Retinopati Diabetik. Antara komplikasi diabetis seperti di bawah:
- Neuropati Diabetik - kerosakan saraf
- Nefropati Diabetik - penyakit buah pinggang
Jenis Retinopati Diabetik
Berdasarkan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MyHEALTH terdapat 4 peringkat retinopati diabetik iaitu:
- Peringkat awal retinopati tanpa proliferasi
- Dalam peringkat ini, saluran darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik-titik pendarahan yang dipanggil microaneurysms yang menandakan pengembangan yang tidak normal pada salur darah retina. Di peringkat ini microaneurysm dapat dilihat pada satu bahagian retina
- Peringkat pertengahan retinopati tanpa proliferasi
- Terdapat lebih banyak microaneurysm dan dapat dilihat pada lebih satu bahagian retina, pendarahan dalam lapisan retina, kebocoran dan penyempitan salur darah.
- Peringkat tenat retinopati tanpa proliferasi
- Terdapat lebih banyak microaneurysm di keempat bahagian retina, pendarahan dalam lapisan retina (IRMA) dan penyempitan saluran darah yang menyebabkan kekurangan oksigen pada retina.
- Peringkat Retinopati proliferasi
- Di peringkat ini terjadi pertumbuhan salur darah yang tidak normal akibat dari kekurangan oksigen yang teruk menyebabkan ianya sangat halus dan mudah pecah, mengakibatkan berlakunya pendarahan dalam mata. Kesan pendarahan boleh menyebabkan parut pada retina.
Siapa Yang Berisiko?
- Semua pesakit diabetis yang mempunyai paras gula yang tidak terkawal (paras glycated hemoglobin Hb1Ac yang tinggi)
- Pesakit diabetis yang sedang hamil
- Pesakit yang mempunyai paras tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
- Pesakit yang didiagnos mengidap diabetis lebih dari 5 tahun
- Pesakit yang mempunyai paras hemoglobin yang rendah
- Pesakit diabetis yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti
Langkah Awal Merawat Retinopati Diabetik
1) Pesakit perlu mengawal paras gula
Info lanjut di MyHealthMyLife
- Diet yang terkawal
- Pengambilan ubat yang betul
- Pengubahsuaian cara hidup dengan senaman, berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol
2) Rawatan Laser
- Mengurangkan proses bengkak pada makular
- Mengurangkan risiko pendarahan dan menghindarkan dari pendarahan yang berulang dalam bola mata
3) Vitrektomi
- Satu prosedur untuk mengeluarkan darah dalam vitreous dan membuang parut pada retina
Pemeriksaan Mata di Optometris Boleh Elak Buta
Biasanya kita pergi cek mata di kedai cermin mata untuk tahu tahap rabun mata kita kan? Tapi pemeriksaan mata dengan menggunakan mesin yang khusus serta optometris yang bertauliah dapat mengesan Retinopati Diabetik ni.
Okay! Ada 5 tanda-tanda Retinopati Diabetik ni yang korang perlu ambil tahu:
- Penglihatan kabur atau beralun
- Penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari
- Terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan
- Lemah dalam menentukan warna
- Bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata (floaters)
Kalau korang atau pun ahli keluarga yang terdekat asyik merungut pasal masalah penglihatan yang semakin teruk, cuba tanya diorang ada tak tanda-tanda kat atas ni? Kalau ADA atau pun TIDAK, YF memang sarankan untuk buat pemeriksaan mata dengan optometris yang bertauliah seperti di Optom Eyecare Optometris Bangi. Sebab apa? Optometris ni ada beberapa mesin khas yang boleh kesan tanda-tanda yang lebih jelas di bahagian dalam mata kita tu. Ala-ala macam X-Ray matalah lebih kurang gituuuu. Dengan mengesan tanda-tanda lebih awal, lagi bagus sebab boleh elakkan masalah yang lebih serius macam BUTA.
Sebelum ni pun, YF ada post entri buat pemeriksaan mata menyeluruh untuk tempah cermin mata. Dari situ pun YF dapat tahu yang mata ni boleh bagitahu kita pasal kolestrol dalam badan, kencing manis, katarak dan sebagainya. Hah! Dekat Optom Eyecare Optometris Bangi nilah yang YF buat tu.
Jangan tunggu-tunggu lagi untuk cek mata tu. Takut melarat je nanti, jadi BUTA plak. Sebab tak pergi buat pemeriksaan mata dengan kadar yang segera.
Optom Eyecare Optometris Bangi | 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari) No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Comments