Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran LZS
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Bila terbaca je mana-mana sosial media Lembaga Zakat Selangor (LZS), automatik YF akan refresh semula part mana yang terlupa, terlepas, tertangguh, segala TER lah kan. Itulah bagusnya kegunaan sosial media, ye dak? Bukan apa, kita kan kena sentiasa mengingatkan dan mengingati sesama sendiri. Barulah hidup aman sentosa atas dunia ni. Aminnn!
Tapi Apa Taksir Zakat Ni?
In short, ia adalah satu proses di mana seseorang individu itu perlulah mengemukakan maklumat pendapatan sendiri bagi tujuan tersebut. Bukan pendapatan orang lain plak tau. Lari tajuk dah tu. Tsktsktskts!
Korang boleh menggunakan kalkulator zakat di website LZS atau muat turun je aplikasi LZS dalam phone. Ikutlah nak buat kat mana yang lebih selesa dan mudah untuk korang. Janji kena ikut step sampailah keluar resit bayaran sebagai bukti yang korang dah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Hah gituuu.
Menggunakan website LZS:
👇
👇
Menggunakan aplikasi LZS:
Macam yang YF cakap, bila terlupa, kita ulang je balik. Tak kisahlah berapa kali sekali pun. Gini. Zakat tu Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam ya terutamanya yang cukup syarat wajib. Zakat kan terbahagi kepada 2; Zakat Fitrah & Zakat Harta. Dalam Zakat Harta plak, ada 9 jenis zakat tapi hanya 6 jenis saja yang kita kena taksirkan. YF bagi gambaran sikitlah kan macam mana rupa kalkulator tu ya bergantung kepada jenis zakat yang kita nak taksirkan. So, kena baca dan isi jumlah yang betul untuk elakkan kesulitan di masa hadapannn.
Kalau masih tak faham blur-blur manja gitu kan, jangan malu, jangan segan, jenguk je website LZS, set temujanji untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang lebih lanjut dengan pihak yang lebih pakar dan arif mengenai taksir zakat dan pembayaran zakat ni. Korang pun tak adalah tersesat salah faham pasal benda ni. Buat nayaa jaa.
Kempen Bulan Taksir Zakat ni telah pun bermula pertengahan Jun 2022 hari tu. Tapi belum berakhir lagi ya. Kempen ni akan berakhir pada akhir Julai 2022. Jadi, korang masih sempat lagi untuk memeriahkan penyertaan kempen ni. Meh YF share linknya besar-besar yaaa.
Selain hadiah-hadiah menarik di atas, korang boleh juga menebus baucer KFC bernilai RM5 di cawangan terpilih and of course lah, siapa cepat dia dapat hokeyhh! Bawah ni plak, cara-cara nak tebus baucer tu. Mudah sangat haih!
Login 👉 Taksir 👉 Simpan Taksir Zakat 👉
Screenshot Taksir Zakat 👉
Tunjuk di cawangan LZS berdekatan
Sambil-sambil kita rasa excited nak mencuba rezeki dalam kempen Bulan Taksir Zakat ni, kotlah boleh dapat motor sebijik kan, ada objektif lain yang LZS cuba untuk selitkan antaranya adalah untuk:
👍 Mengajak penduduk di Selangor yang beragama Islam mengira zakat
dengan lebih mudah
👍 Memberikan pengetahuan dan kepentingan taksiran mengikut jenis zakat
👍 Memupuk minda masyarakat untuk membudayakan dan membiasakan diri
dengan proses taksiran disamping member zakat setiap tahun
👍 Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang
dizakatkan adalah lebih tepat
Kemana Zakat Diagihkan?
Banyak dah LZS kemaskini aktiviti agihan zakat dalam media sosial. Tak caya? Meh YF tunjuk naaa:
dan banyak lagi sebenarnya tau. Jadi, itulah pentingnya kita membayar zakat. Sedikit sebanyak, dapat membantu melalui saluran dari LZS ni untuk kelangsungan hidup mereka di luar sana. InsyaAllah semuanya akan diberikan kepada yang layak dan memerlukan.
Ayuh! Kita jalankan tugas kita demi kemaslahatan sesama Muslim dan insan lainnya.
Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
----------------------------------------------
YF: Seronok juga kalau dapat jam tangan Garmin tu
Comments