BUTA DISEBABKAN KENCING MANIS?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bila bercakap pasal kencing manis atau diabetis ni, yang ada dalam fikiran kalau luka dekat mana-mana bahagian tubuh badan, susah nak sembuh. Kalau susah nak sembuh, kebarangkalian anggota badan tu nak dibuang sangat tinggi. Tapi kali ni, YF nak kongsikan satu anggota badan lain yang boleh terkena 'tempias' kesan penyakit ni iaitu MATA. Secara umumnya, d iabetis akan menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah di dalam badan menjadi sangat perlahan. Impak kerosakkan salur darah menyebabkan organ-organ penting dalam badan termasuk mata akan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen. Hal ini secara tak langsung boleh mengakibatkan retina mata rosak, dan akan dianggap sebagai salah satu komplikasi diabetis iaitu Retinopati Diabetik . Antara komplikasi diabetis seperti di bawah: Neuropati Diabetik - kerosakan saraf Nefropati Diabetik - penyakit buah pinggang Jenis Retinopati Diabetik Berdas...