Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium MKM Travel

Assalamualaikum!


Hari tu ada kawan YF share link berkenaan satu travel agency ni. Dah ligat promote pakej haji untuk tahun 2025. Iyalah. Kalau plan nak pergi haji tahun ni, memang semua info sepatutnya dah ada dalam ‘tangan’ kita. Tinggal nak pilih mana yang sesuai dengan bajet dan keperluan kita je, ye dak?


Status Sah dan Berpengalaman

Sekarang ni, scammers tak kira rupa, agama, bangsa ya. Scammer dari travel agencies pun berleluasa. Banyak dah orang ramai yang kena tipu dengan scammers berkenaan pakej haji nih. Kena sadai dekat airport lah, kena tipu berkenaan dengan kemudahan di Makkah atau Madinah lah. Betul-betul ambil peluang untuk menipu duit jemaah haji ribuan ringgit. Jadi, kita kenalah cakna dan buat research dengan sehabis baik kalau nak ambil service dari mana-mana travel agencies ni.

 

Sebab tu lah, dalam website MKM Travel ni, awal-awal dah highlight, mereka merupakan antara pengelola jemaah haji yang SAH di bawah Tabung Haji dan turut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

 


Selama lebih 13 tahun dalam industri, MKM Travel berjaya menguruskan lebih kurang 100,000 jemaah haji dan umrah. Fuh! Mesti mutawif-mutawifnya bagus dan sangat berpengelaman kan? Korang pun tahu kan, bukan senang nak maintain kualiti perniagaan yang fokus pada perkhidmatan ni ya. Silap sikittttt je, confirm viral, kena cancel, dan sebagainya. Mahu melingkup terus kalau viral.

 


Kemudahan dan Kelengkapan Jemaah Haji

Haa! Ini yang perlu dititikberatkan kalau nak travel ke mana-mana. Kalau dah bayar mahai-mahai, opkoslah nak yang terbaik dan selesa kan? Di bawah ni, MKM Travel dah shortlist apa kelebihan yang MKM Travel boleh offer kepada bakal jemaah haji.

 


Kalau kita tengok, mana-mana travel agency yang buat service ni, mereka akan memberikan sejumlah barang-barang berwarna sedondon contoh beg pakaian, beg sandang, beg bimbit dan sebagainya untuk mudah dikenalpasti dari jauh. Takut salah masuk team haji lain, haru dibuatnya nanti. Ahahaah!

 


 

Persediaan Ke Tanah Suci

Sebelum nak pergi umrah atau haji, kalau tak silap YF, setiap agensi akan menyediakan kelas-kelas berkaitan supaya jemaah lebih bersedia dan yakin untuk beribadah di sana. YF pernahlah juga join satu ceramah untuk pergi umrah. Sangat membantu dan memudahkan orang awam untuk bertanya secara langsung pada penceramah yang bertugas. Kalau di MKM Travel pulak, antara pengajian kelas agama yang disediakan adalah:


  • Kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci
  • Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
  • Soal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji

 

Pakej Haji Premium 2025

Pakej-pakej yang disediakan oleh MKM Travel ni, bergantung juga kepada perancangan kita macam mana. Nak pergi sorang ke, berdua ke, atau pun berkumpulan. Melalui pembacaan YF, yang paling murah bernilai RM54,900.00 untuk 5 pax ya semua. Yang paling mahal pula, sebanyak RM275,000 untuk 2 orang sahaja. Selain pakej yang YF nyatakan tadi, ada juga pakej lain macam di bawah ni:





Kalau korang ada member-member, saudara mara yang sedang mencari pakej umrah terbaik, bolehlah share post ni dekat diorang. Atau, hubungi je MKM Travel seperti maklumat di bawah ni untuk keterangan lanjut. Semoga dapat membantu untuk buat pilihan terbaik. Yang penting, bukan SCAMMER! Hahaha! Geram tauu!

 


Star Avenue Commercial Centre B-29,

Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5,

Bandar Pinggiran Subang,

40150 Shah Alam, Selangor


Haji / Umrah / Visa:

+603 7831 6740

Ticketing:

+603 7831 8740

 

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?