Segera Tangani Isu Air Selangor

Penjenamaan baru dah dibuat. Aplikasi Air Selangor dah ditambah baik. CEO dah bertukar. Tapi, yang tak bestnya banyak isu air yang masih belum dapat ditangani dengan baik. Sudah tahun 2025 kot. Nak tunggu tahun bila agaknya masalah-masalah tersebut boleh selesai?


1. Gangguan Bekalan Air yang BerterusanUploading: 380411 of 380411 bytes uploaded.

Sumber: Air Selangor

Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual pada 23 Julai 2024, berlarutan pula tu hingga 26 Julai 2024 kalau tidak silap. Hari-harilah kita tengok jadual kawasan terlibat di Air Selangor macam kat atas ni. Kalau tengok jadual ni, mesti tercari-cari kawasan rumah kita, betul tak? Macam YF, rumah keluarga di Kampung Bukit Lanchong, dan Taman Alam Megah, selalu juga ada gangguan bekalan yang tidak berjadual. Bila dah ‘selalu’ tu, kita pun tertanya-tanya, apa sebabnya? Tak ada manpower yang cukup ke? Pelan gangguan tak dikemaskini seiring masa ke?


2. Isu Komunikasi dan Kepercayaan Pelanggan

Sumber: mycheckofficial

Sekarang kan zaman QR. Scan sana. Scan sini. Itu normal. Yang tak normalnya, bila QR yang tertera pada bil Air Selangor, membawa kita ke laman sesawang penipuan (phishing)! Nanti adalah isu duit ditolak tanpa pengetahuan pengguna dan sebagainya. Walaupun Air Selangor menjelaskan bahawa tanda itu sah dan membawa pelanggan ke laman pembayaran rasmi, bila dah terkena sekali, kita pun mestilah ambil inisiatif berjaga-jaga untuk tidak scan QR tersebut di masa akan datang. Dah ada trust issue omputih kata.


3. Kestabilan Kepimpinan dan Pertikaian Dalaman

Mana-mana organisasi, takkan terlepas punya dari isu politik dalaman. Walaupun begitu, pucuk pimpinan kenalah bijak mencari kata sepakat sekiranya berlaku percanggahan pendapat. Nak organisasi stabil dalam pengurusan, begitulah kot. Tapi, bagaimana? Kalau pengguna bagi cadangan, adakah mereka didengari?


4. Kemampanan Kewangan dan Pelarasan Tarif

CEO Air Selangor nak tarik pelaburan swasta. Untuk upgrade infrastruktur air, katanya. Fuh! Macam pelan yang menarik. Tapi mesti ada bahagian yang tak menarik kan? Contohnya kenaikan tarif air mungkin? YF rasa, pelan nak bawa masuk pelaburan swasta mestilah pilihan yang paling akhir sekali. Betul tak? Takkan nak letak sebagai pilihan utama kot? Uish! Tahun lepas baru je naik kot?

Sumber: airselangor


5. Cabaran Alam Sekitar dan Operasi

Rata-rata punca gangguan bekalan air adalah disebabkan pencemaran. Contohnya, pada 23 Julai 2024, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. Punca? Berlaku pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara.

Jadi, Air Selangor patutnya dah power dalam tangani isu pencemaran ni. Bila dah power, mestilah kejadian tersebut susah nak berulang, ye dok? Kalau Air Selangor berkolaborasi dengan agensi-agensi berkaitan untuk control atau selesaikan isu pencemaran, padu juga tu rasanya. Two is better than one kata Taylor Swift.

 

6. Potensi Penyelewengan Dana atau Perbelanjaan Berlebihan

Bercakap pasal pengurusan kewangan tadi, Air Selangor antara GLC yang mudah menjadi sasaran dakwaan berhubung perbelanjaan berlebihan, salah urus kewangan, atau ketidaktelusan dalam pemberian kontrak. Memang tak dinafikan ya, sangat mudah! Jadi, Air Selangor kenalah telus dalam menghasilkan laporan yang jitu. Jangan ada satu pun transaksi yang boleh mendatangkan keraguan. Kalau ada juga kena tukar CEO atau finance team yang barulah kot.


7. Ketidaktelusan dalam Pengurusan Air

Pernah tak Air Selangor lambat memberikan maklumat yang tepat kepada pengguna mengenai gangguan bekalan? Kalau ada, kenapa agaknya ya? Tak nak bertanggungjawab atau nak tutup kelemahan pengurusan?


8. Ketidakseimbangan Perkhidmatan di Kawasan Bandar dan Luar Bandar

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DENGAN BANDAR TIDAK SEIMBANG – SERIBU OMBAK

Sumber: seribuombak


Bekalan air di Kuala Lumpur mungkin lancar. Bagaimana pula di kawasan luar bandar seperti Hulu Selangor? Lancar juga tak? Adil ke untuk penduduk Hulu Selangor?  Pengurusan kena duduk Hulu Selangor dulu kot. Baru boleh dapat idea nak settlekan isu pengagihan sumber air dengan baik.


9. Kesan Sosial dan Ekonomi akibat Gangguan Air

Bila kerap sangat gangguan bekalan air di Selangor, semua aktiviti boleh terjejas. Tak kisahlah dari sudut Kesihatan ke, perniagaan ke, pengilangan ke, Eh! Semualah rasanya. Confirm akan terasa kesan negatifnya.

No photo description available.

Sumber: era.je

10. Isu Kepimpinan dan Perbandingan dengan CEO terdahulu

Rasanya dah kena keluarkan satu poster ‘100 hari bersama Air Selangor sebagai CEO’. Ye lah. Pengguna nak tahu juga apa yang CEO baru dah buat? Bolehlah buat comparisan sebelum dan selepas. Kat situ je pengguna boleh nilai sendiri, berjaya atau gagal.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?